BANTUANBaucarSAVE

Claim Bantuan Khas RM 400 Bulan Julai 2022

Untuk bulan pada sepanjang tahun 2022, sekiranya anda ingin membeli peralatan barangan elektrik. Secara langsung anda boleh mendapatkan insentif khas sehingga RM 400 melalui skim insentif SAVE 3.0 atau lebih dikenali Program Sustainability Achieved Efficiency yang mana telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Maklumat SAVE 3.0

Program SAVE berbentuk baucar percuma ini membolehkan warganegara Malaysia untuk claim / tebus sehingga RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barang berbentuk elektrik berlabel cekap tenaga pada tahun ini.

Untuk makluman, program baucar e-rebat ini diberikan kepada golongan dan individu yang ingin membeli barangan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi bagi peralatan elektrik yang telah mendapat kelulusan pengiktirafan yang mempunyai label cekap tenaga 4 atau 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Kadar Bantuan Baucar

Skim bantuan baucar ini diberikan kepada setiap isi rumah dan individu yang layak sehingga maksimum RM 400. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 1 RM 200 dan kategori 2 RM 50 sehingga RM 200, jika pemohon berkelayakan 2 kategori maka jumlah maksimum yang didapatkan adalah RM 400.

Peringatan umum, skim baucar percuma ini hanya boleh di claim dan digunakan atas pembelian barangan elektrik berlabel cekap tenaga yang mempunyai 4 atau 5 bintang.

Syarat Kelayakan

  1. Skim bantuan baucar percuma ini diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kepada penerima bantuan baucar SAVE sebelum ini, anda tidak layak tebus baucar kategori 1 SAVE 3.0, bermaksud anda hanya boleh tebus RM 200
  3. Bagi kota skim baucar percuma ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian tahun ini berdasarkan “FIrst Come First Serve”
  4. Setiap pembelian boleh dibuat secara fizikal di mana mana pasaraya dan kedai elektrik yang berdaftar
  5. Anda boleh terus claim secara online di platform e-dagang pilihan anda seperi Lazada, Shoope dan PG Mall.

Claim Baucar Percuma Segera

Untuk pengetahuan, ramai yang telah berjaya tebus bantuan baucar ini, jika anda masih belum claim masih belum terlambat untuk menebus bantuan ini. Anda boleh claim secara online di mana mana pilihan platform e-dagang seperti dibawah :

  • Tebus Baucar percuma di Shoope – KLIK DI SINI
  • Tebus Baucar percuma di Lazada – KLIK DI SINI
  • Tebus Baucar percuma di PG Mall –

Untuk makluman, program bantuan baucar SAVE 3.0 ini dibuka sepanjang tahun 2022 dan tarikh tutup penebusan pada 31 Disember 2022. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan SAVE ini, anda boleh terus layari Portal Rasmi SEDA – DI SINI

Maklumat Tambahan

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button