BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

MyKasih SARA : Bantuan RM100 Dikreditkan Ke Dalam MyKad

MyKasih SARA adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini. Untuk makluman, insentif khas ini dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan sehingga Disember 2023.

BANTUAN MYKASIH SARA

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan Mykasih SARA ini ditawarkan secara percuma tanpa perlu melakukan permohonan. Sumbangan Asas Rahmah ini diberikan secara automatik kepada penerima sedia ada STR yang berkelayakan.

Jumlah keseluruhan bantuan SARA ini adalah sebanyak RM600, namun dikreditkan RM100 ke dalam Mykad setiap bermula Julai sehingga Disember 2023. Inisiatif khas SARA ini adalah dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Bantuan istimewa ini boleh digunakan untuk memberli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya atau kedai runcit berdaftar di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan miskin tegar melalui data ekasih (Bujang, Isi rumah dan Warga emas)

JADUAL BAYARAN

Bagi penerima bagi kawasan negeri di semenanjung akan dibayar secara pengkreditan ke dalam Mykad bernilai RM100 selama 6 bulan. Bermula Julai 2023 sehingga Disember 2023 secara automatik.

Bagi penerima di kawasan negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka akan menerima insentif tambahan ini pada bulan Ogos 2023 secara sekaligus RM600.

SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA

Jika anda penerima STR, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima bantuan SARA ini. Untuk semakan sila ke laman rasmi MyKasih –DI SINI

Sekiranya layak maklumat anda akan dipaparkan pada skrin, jika sebaliknya bermakna anda tidak layak untuk menerima bantuan ini.

Pada waktu ini lebih daripada 600 rakan runcit seluruh Malaysia antara Mydin, Econsave, Giant, Speedmart 99, The Store, Lotus dan lain-lain telah terlibat dalam bantuan SARA.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button