BANTUANBerita BaikKerajaan

Kerajaan Umum Berita Baik Untuk Rakyat

Kerajaan umum berita baik untuk rakyat sempena raya aidilfitri, terdapat beberapa perkara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang khas di Putrajaya hari ini. Untuk makluman, terdapat 7 perkara penting yang telah dimaklumakan akan dilaksanakan.

KERAJAAN UMUM BERITA BAIK UNTUK RAKYAT

Berikut adalah 7 perkara yang diumumkan berita baik untuk rakyat khususnya bagi memeriahkan musim perayaan hari raya aidilfitri.

  • Kerajaan menawarkan harga barangan keperluan asas mentah kepada pengusaha program menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.
  • Pengecualian bayaran tol (bantuan tol percuma) sempena raya aidilfitri di seluruh negara bermula 19 hingga 21 dan 24 April ini.
  • Pihak PDRM menawarkan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 22 Mei 2023 untuk saman trafik pada tahun 2022 dan sebelumnya. Kadar setiap saman boleh diuruskan dengan kadar RM50.
  • Pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan satu (1) hari kelepasan am tambahan sekiranya tarikh satu syawal jatuh pada hari jumaat. Jika berlaku, pada hari isnin bersamaan 24 April adalah hari pelepasan am. Sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari sabtu, maka hari kelepasan am tambahan adalah pada hari selasa.
  • Kerajaan dengan kerjasama pihak persatuan simen dan konkrit Malaysia serta pemaju perumahan swasta akan beri penawaran harga simen. Penawaran adalah pada kadar berpatutan untuk memberi manfaat perumahan mampu milik.
  • Peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta dari kerajaan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan. Kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil bumiputera tahun ini.
  • Peluang penghuni penjara yang beragama islam pulang meraikan sambutan hari raya bersama keluarga. Jabatan penjara akan melaksanakan pelepasan kepada orang bebas berlesen sempena raya aidilfitri 2023.

Di atas adalah 7 perkara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada sidang khas di Putrajaya. Inisiatif yang dilancarkan pada tahun ini telah dimaklumkan pada sidang BELANJAWAN 2023

INFO LANJUT

Bagi yang terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button