BANTUANBINGKASeWallet

BINGKAS : Bantuan EWallet RM300 Ditawarkan Kepada B40

BINGKAS adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan ewallet yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat. Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini ditawarkan kepada isi rumah pendapatan dibawah RM3,000 (B40).

PROGRAM BANTUAN BINGKAS

Bagi pengetahuan umum, program bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini telah dilancarkan pada tahun 2021. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri dan masih relevan, program ini masih dilaksanakan pada tahun ini.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi meringankan beban kewangan mereka yang kurang bernasib baik. Dengan adanya inisiatif khas ini dapat membantu ketua keluarga untuk membeli barang keperluan asas termasuk peralatan pendidikan anak.

Kepada pemohon yang layak akan menerima insentif khas ini setiap bulan dan boleh membelanjakan amaun tersebut seperti pembelanjaan dapur, pendidikan dan keperluan asas keluarga.

Program bantuan BINGKAS ini telah menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) yang telah ditamatkan pada 30 Jun 2022.

JUMLAH BANTUAN YANG DITAWARKAN

Menerusi program bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, kadar bantuan ewallet yang ditawarkan adalah berjumlah RM300 sebulan. Jumlah tersebut akan dikreditkan kepada pemohon yang layak dan jumlah setahun adalah RM3,600 bersamaan 12 bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kepada yang ingin memohon, mereka perlu menyemak dan menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Isi rumah (Keluarga) yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut

CARA MENDAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang menepati kelayakan dan memerlukan bantuan ewallet BINGKAS ini, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Nota : Bagi memudahkan semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Contoh seperti salinan kad pengenalan diri, ahli keluarga dan dokumen lain yang berkaitan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BINGKAS, terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2023. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button