BANTUANJKMKerajaan

Cara Mohon Bantuan JKM RM 500 Bulan November & Disember

Terkini untuk makluman melalui sidang Belanjawan yang lalu, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan insentif bantuan kewangan kepada golongan warga emas dan bantuan Kebajikan Orang tua akan dinaikkan dari jumlah tahun sebelum iaitu RM 350 kepada RM 500 seorang yang layak menerima dan bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam kenyataan beliau juga menyatakan bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2022.

Kini hanya tinggal berbaki 2 bulan sahaja untuk bantuan JKM pada tahun ini. Sekiranya berkelayakan, pemohon boleh mendaftar dan memohon bantuan ini.

Syarat Kelayakan Bantuan

Di halaman berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah.

  1. Individu/ Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  2. Pendapatan isi rumah semasa tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  3. Individu/ Pemohon merupakan orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  4. Warga emas atau orang tua yang bukan tinggal di mana-mana Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma)
  5. Kepada mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Bantuan Khas Sehingga RM 500

Untuk makluman, bantuan warga emas RM 500 ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Bantuan ini diperkenalkan kerana lebih mensasarkan golongan warga emas yang layak menerima bantuan untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan meringankan pembelanjaan pada tahun ini serta kesejahteraan hidup dalam masyakat pada tahun 2022.

Cara Permohonan

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan rapat yang menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :

  1. Langkah pertama anda perlu layari Portal Rasmi eBantuan JKM – DI SINI
  2. Kemudian klik pada “Daftar permohonan atas talian”
  3. Sila masukkan normbor kad pengenalan pemohon dan tempat tinggal
  4. Klik butang “Daftar”
  5. Selesai.

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibubapa atau anak yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Bagi dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan, sila hadirkan diri ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. Senarai (Direktori) Pejabat yang boleh anda rujuk – DI SINI

Info Lanjut

Pada tahun 2022 sekiranya anda terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button