BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah RM600 : Semakan Status Kelayakan

Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM600 adalah merupakan sebuah inisiatif tambahan yang diberikan kepada penerima STR. Bagi makluman umum, kerajaan bersetuju untuk mengagihkan pemberian bantuan tambahan ini selama tempoh 6 bulan.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2023

Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan konsep payung rahmah yang merupakan sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif yang ada. Perkara ini bagi membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dalam kewangan pada tahun ini.

Program Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali SARA ini adalah merupakan inisiatif tambahan berjumlah RM600 yang diberikan secara berperingkat. Pemberian khas ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima insentif istimewa ini. Bayaran bernilai RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima STR yang layak selama 6 bulan sehingga Disember 2023.

Untuk makluman, sekitar 200,000 penerima bantuan tunai STR akan menerima insentif tambahan SARA berjumlah RM600 bermula 17 Julai 2023. Ini bermakna, jumlah keseluruhan penerima STR yang layak terima insentif SARA akan mendapatkan jumlah bantuan sebanyak RM3,100 pada tahun ini.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah jadual pengkreditan ke dalam Mykad penerima yang layak mengikut peringkat seperti di bawah :

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA

Kepada penerima sedia ada STR, kalian boleh membuat semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak mendapatan bantuan SARA ini secara online. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Info : Insentif istimewa Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM600 ini diberikan keutamaan kepada penerima STR yang berstatus miskin tegar melalui data e-Kasih. Mereka yang mempunyai pendapatan dibawah PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).

MAKLUMAT LANJUT

Kepada mereka yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button