BANTUANBMT

Bantuan Musim Tengkujuh Fasa2 RM300 Mula Disalurkan Disember Ini

Bantuan Musim Tengkujuh Fasa2 adalah pembayaran kali kedua selepas fasa 1 pada bulan November 2022. Untuk sedia maklum, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khusus bantuan berbentuk tunai diberikan kepada golongan yang memerlukan terutama kepada b40 dan miskin tegar.

BANTUAN BMT FASA 2 

Untuk sedia maklum, bantuan musim tengkujuh (BMT) ini adalah merupakan bantuan kerajaan yang dikendalikan oleh pihak RISDA di bawah Bajet 2022. Bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memerlukan terutama khas kepada pekebun kecil bagi menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini.

KADAR BANTUAN BMT

Untuk informasi, kadar bantuan musim tengkujuh ini diberikan kepada yang berkelayakan sebanyak RM 600 bagi setiap penerima. Pembayaran bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu fasa 1 pada bulan November sebanyak RM 300 dan bantuan musim tengkujuh fasa2 bulan Disember sebanyak RM 300.

Untuk pembayaran bantuan ini, ia disalurkan berperingkat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan di dalam borang permohonan.

SYARAT KELAYAKAN 

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BMT ini seperti berikut:

  • Pemohon hanya Warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Seorang individu penerima hanya layak menerima sekali sahaja
  • Seorang penerima 1 lot sahaja bagi penoreh atau pemilik tanah
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G)

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Jika anda berminat, semakan permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila layari portal rasmi RISDA PRIHATIN – DI SINI

Nota : Penerima hanya layak menerima bantuan ini bagi 1 lot yang sama, sama ada pemilih pengusaha atau penoreh bukan pemilik tanah dan tanpa mengambil kira bilangan rakan kongsi.

INFO LANJUT

Mungkin ramai yang tidak berkelayakan memdapatkan bantuan BMT ini. Jangan risau, pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk tunai bagi membantu rakyat yang memerlukan khusus golongan sasar.

Jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon boleh dibuat. Sila ke halaman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button