BANTUANFASA 3STR

Bantuan Tunai STR Fasa3 Mula Dibayar Mengikut Senarai Bank ~ Semak Segera

Bantuan tunai STR fasa3 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang melibatkan peruntukan besar pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga mula dibayar mengikut senarai bank.

BANTUAN TUNAI STR FASA3

Program pemberian bayaran bantuan tunai STR Fasa3 akan melibatkan 3 kategori utama iaitu Isi rumah, bujang dan warga emas. Apa yang lebih menarik adalah tarikh bayaran telah dipercepatkan pada bulan ini dan kadar jumlah bantuan adalah lebih tinggi berbanding fasa sebelum ini.

Kadar yang diberikan pada fasa kali ini adalah bermula daripada RM150 sehingga RM800, Jumlah bergantung kategori kelayakan. Hanya kategori isi rumah pendapatan RM5,000 dan tiada anak yang tidak akan menerima bayaran fasa 3.

TARIKH BAYARAN MENGIKUT SENARAI BANK

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran bantuan tunai STR Fasa3 akan dikreditkan secara berperingkat mengikut senarai bank. Bagi penerima bank simpanan nasional (BSN) akan terima terlebih dahulu sebelum bank-bank lain.

Namun menerusi perkongsian dari rakan-rakan media sosial, ramai yang menyatakan bahawa mereka telah mendapat pembayaran awam. Kepada yang masih belum terima, anda tidak perlu khuatir kerana pembayaran secara rasmi akan dibayar bermula :

  • 26 Jun 2023 bersamaan hari isnin

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Kadar bayaran yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori. Anda jangan terlepas pandang, dibawah dikongsi jumlah bayaran bantuan tunai STR fasa3 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • RM300 : Tiada anak
  • RM400 : Mempunyai 1-2 anak
  • RM600 : Mempunyai 3-4 anak
  • RM800 : Mempunyai 5 dan lebih anak

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM(0) Tiada bayaran : Tiada anak
  • RM150 : Mempunyai 1-2 anak
  • RM200 : Mempunyai 3-4 anak
  • RM250 : Mempunyai 5 dan lebih anak

KATEGORI BUJANG (21-59 TAHUN)

  • RM150

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Bermula hari ini semakan status pembayaran bantuan tunai STR boleh dilakukan secara atas talian. Dijangkakan pengkreditan dan tebus tunai di BSN akan selesai sebelum raya haji, untuk semakan status bayaran anda, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, bantuan edompet juga telah dilaksanakan pada tarikh yang sama. Untuk semakan senarai lebih banyak insentif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan, sila –SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button