BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

Rasmi : Bantuan Asas RM600 Dikreditkan Kepada Penerima STR

Rasmi : Bantuan Asas RM600 telah mula dikreditkan kepada penerima STR yang layak secara berperingkat. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini akan dibayar setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023.

RASMI : BANTUAN ASAS RM600

Pihak kerajaan telah memperkenalkan satu lagi inisiatif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas pada sidang Belanjawan 2023. Program yang dikenali sebagai Bantuan Asas Rahmah (SARA) ini ditawarkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memerlukan.

Menerusi pemberian istimewa ini, penerima akan mendapat manfaat berjumlah RM600 keseluruhan. Kadar bayaran dipecahkan RM100 setiap bulan sehingga Disember.

Apa yang menarik adalah bantuan khas ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak. Kepada mereka yang merupakan penerima STR boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini.

Dengan menggunakan Mykad, pembelian barang keperluan asas boleh di pasaraya dan kedai runcit berdaftar selama tempoh 6 bulan. Bagi penerima SARA yang berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima jumlah bayaran penuh RM600 pada bulan Ogos.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN ASAS RM600

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima bantuan khas Asas rahmah ini seperti di bawah :

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai penerima miskin tegar melalui data ekasih

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN ASAS

Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan khas SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Insentif diberikan secara automatik, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak secara online.

Untuk semak status kelayakan, sila layari laman rasmi MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – KLIK DISINI

Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan. Segala maklumat berkenaan bantuan khas ini anda boleh rujuk pada laman rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah dilancarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button