BANTUANBaucar

Cara Claim Kredit Shopee RM400 Yang Ditawarkan Kepada Rakyat Malaysia

Cara claim kredit kredit shopee yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia sehingga RM400 dalam bentuk baucar rebat tahun ini. Untuk makluman, dalam usaha untuk menggalakan rakyat Malaysia bagi menggunakan produk peralatan cekap air seperti mesin basuh.

PROGRAM KEMPEN JIMAT AIR 4.0

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan hasil kerjasama Shopee kini telah menjalankan program kempen jimat air edisi ke (4). Melalui inisiatif ini, baucar rebat yang ditawarkan sehingga RM400 akan diedarkan kepada pengguna-penguna yang berkelayakan untuk mendapatkan produk jimat air untuk rumah masing-masing.

Program khas ini adalah merupakan kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Ini merupakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada rakyat yang mencari barang perkakas jimat air seperti mesin basuh.

KADAR BAUCAR YANG DITAWARKAN

Berikut telah disediakan kadar baucar yang ditawarkan seperti dibawah :

  • Rebat baucar RM200 untuk pembelian mesin basuh
  • Baucar RM150 untuk kelengkapan bilik mandi dan jamban
  • Baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk mendapatkan kepala paip

Senarai perkakas yang terlibat dalam kempen jimat air 4.0 adalah seperti mesin basuh, perkakas bilik mandi, bilik air dan pekedai terlibat. Untuk semakan cara claim kredit shopee rebat baucar percuma sehingga RM400, sila rujuk di bawah.

CARA CLAIM KREDIT SHOPEE 

Kepada yang sedang mencari barang keperluan asas, anda boleh menyertai kempen ini dan boleh claim rebat baucar percuma sehingga RM400. Panduan cara claim kredit shopee telah disediakan di laman rasmi kempen jimat air 4.0 – DI SINI

Di laman berikut telah disediakan panduan lengkap cara untuk anda tebus rebat baucar sehingga RM400 bagi kempen jimat air 4.0 yang sedang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Kepada anda yang sedang mencari atau merancang membeli barang perkakas seperti mesin basuh disarankan menyertai kempen jimat air ini.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan atau pertanyaan berkenaan kempen ini, anda boleh menghubungi pihak SPAN di talian 03-8317 8333 atau e-mel ke alamat [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif telah disediakan khususnya berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button