BANTUANKanak-kanak

Program : Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022

Masih belum terlewat kepada para penjaga / ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak jagaan di bawah umur 18 tahun dan kebawah, kalian boleh membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak sehingga RM 1,000 sebulan tahun 2022 pada bulan julai.

Bantuan Kanak Kanak

Untuk makluman umum, bantuan kanak kanak adalah merupakan program insentif bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarat yang disalurkan khas kepada Keluarga dan kanak kanak yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban serta meneruskan kelangsungan hidup dan mendapat jagaan yang secukupnya.

Menerusi pengumuman Datuk Seri Rina binti Mohd Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat telah berkata kenaikkan bantuan BKK sehingga RM 1,000 pada tahun ini berbanding RM 450 pada tahun sebelum.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia dan bermaustatin melebihi tempoh ditetapkan
  • Keluarga yang mempunyai anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (Purata miskin isi rumah semasa atau Purata miskin per kapita)

Kadar Bantuan Kanak Kanak 2022

  • Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 200 sebulan seorang
  • Bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 150 sebulan seorang
  • Untuk makluman, maksimum sehingga RM 1,000 sebulan bagi sebuah keluarga

Cara Permohonan

Sekiranya anda berkelayakan untuk membuat permohonan, sila ikuti panduan berikut:

  1. Sila layari portal rasmi JKM – DI SINI
  2. Di halaman tersebut telah dinyatakan maklumat dan dokumen yang diperlukan, sila baca sepenuhnya
  3. Anda perlu muat turun borang berkaitan (Borang JKM 18 dan JKM 20) yang telah disediakan di ruangan bawah kanan halaman utama laman tersebut
  4. Sila isi selengakapnya maklumat pada borang dan sediakan dokumen diperlukan
  5. Kemudian hantar borang pada jabatan kebajikan masyarakat berdekatan anda untuk proses permohonan.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan semasa proses permohonan atau ingin mengetahui lebih perperinci berkenaan bantuan ini, sila hubungi talian khas JKM di 03 8000 8000 atau pergi ke pejabat JKM berdekatan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk kewangan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button