BANTUANBeliaPERKESO

Cara Mohon Bantuan Kewangan Untuk Belia RM 1,000 Setiap Bulan

Bagi pengetahuan umum terutama kepada golongan belia, tahukah anda terdapat bantuan kewangan telah disediaka oleh pihak kerajaan pada tahun 2022. Menerusi pembentangan Bajet 2021 yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia sebanyak RM 1,000 untuk belia yang berumur 18 hingga 30 tahun dan permohonon masih dibuka sehingga hujung tahun 2022.

Bermula 1 Januari 2021, bagi setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam kalangan belia berumur dari 18 hingga 30 tahun layak untuk mohon dan dapatkan insentif RM 1,000 melalui program Perantisan.

Dengan adanya insentif ini, ia bertujuan memberikan peluang kepada golongan belia yang sedang mengangur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menambah pengalaman dam bidang pekerjaan bagi meningkatkan kualiti kemahiran melalui on-the-job-training.

Insentif Perantisan

Untuk makluman, antara bantuan / Insentif yang akan diterima oleh belia / majikan dalam program ini adalah seperti berikut:

  • Bayaran sebanyak RM 1,000 diberikan kepada majikan yang mempunyai pekerja lepasan sekolah atau graduan bagi program Perantisan.
  • Gaji/ elaun diberikan minimum adalah sebanyak RM 1,200 sebulan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan adalah selama 3 bulan bersyarat kontrak perkhidmatan minimum adalah selama 3 bulan juga.
  • Pihak majikan diberikan peluang untuk membuat permohonan hanya satu kali kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM 4,000.
  • Kepada pekerja juga turut layak mohon dan dapatkan elaun kesediaan kerja.

Objektif Bantuan

Tujuan bantuan/ insnetif ini diadakan adalah bagi memberikan peluang kepada para belia yang sedang mencari pekerjaan atau mengangur serta dapat membantu belia memperolehi pengalaman dalam bidang kerja dan meningkatkan kualiti kemahiran sambil bekerja.

Syarat Kelayakan

  • Merupakan Warganegara Malaysia yang sah.
  • Belia yang sedang menganggur atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan secara tetap.
  • Individu lepasan sekolah dan graduan yang berumur dibawah 30 tahun.
  • Golongan belia yang pernah mengikuti mana-mana program Perantisan yang berdaftar di mana mana jenis syarikat dan bandan-badan berkanun.

Cara Memohon

Untuk permohonan, boleh dibuat secara atas talian (Online) melalui Portal Rasmi PENJANAKERJAYA PERKESO – DI SINI

Kepada belia yang berminat menyertai program perantisan ini, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan membuat permohonan menerusi program yang ditawarkan di – SEMAK SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button