BANTUANRMRRUMAH

Rumah Mesra Rakyat 2023 : Permohonan Dibuka

Rumah Mesra Rakyat 2023 atau lebih dikenali sebagai program RMR adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Untuk sedia maklum, program perumahan khas ini telah dinaik taraf dimana ditawarkan kepada pendapatan RM5,000 ke bawah.

RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Untuk makluman program rumah mesra rakyat 2023 ini ditubuhkan adalah bagi membantu kumpulan berpendapatan isi rumah rumah dibawah RM5,000 sebulan.

Program ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang belum mempunyai rumah atau tinggal di rumah sewa tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sediri yang selesa.

KRITERIA KELAYAKAN RMR 2023

Berikut disediakan kriteria utama kelayakan permohonan RMR 2023 seperti di bawah :

  • Terbuka kepada individu berumur di atas 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai rumah sendiri
  • Tapak tanah atau tapak cadangan harus bersesuaian serta bebas dari sebarang bentuk gadaian/ bebanan/ sekatan ke atasnya
  • Mempunyai surat kebenaran daripada tuan tanah (bagi pemohon bukan pemilik tanah)
  • Keluasan tanah tidak boleh kurang daripada 3,000 kps dan tertakluk kepada reka bentuk rumah
  • Kepada pemohonan penama ke 2, pemohon wajib memberikan maklumat pasangan dan jumlah tanggungan

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri, permohonan rumah mesra rakyat 2023 kini dibuka untuk kuota tahun ini. Permohonan boleh dilakukan secara online, panduan lengkap telah disediakan di laman rasmi.

Sila layari portal rasmi Rumah Mesra Rakyat –KLIK DISINI untuk semakan cara daftar permohonan. Untuk memudahkan semakan permohonan, sila pastikan anda sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan pasangan jika berkenaan
  • Salinan penyata gaji (3 bulan terkini) atau surat pengesahan pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Borang laporan tapak secara bergambar
  • Surat akuan sumpah atau surat pengesahan tidak miliki rumah sebelum ini

Nota : Program bantuan rumah mesra rakyat (RMR) ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja dan pendapatan bulanan dibawah RM5,000.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button