BANTUANBeliaJKM

Kerajaan Umum Bantuan Kewangan RM 2,400 Setahun Untuk Golongan B40

Pada tahun 2022, pihak kerjaan telah menambah senarai bantuan dan meneruskan bantuan yang sedia ada bagi membantu meringankan beban rakyak untuk tahun ini. Pelbagai jenis Bantuan berbentuk kewangan sudah disalurkan kepada rakyak yang memerlukan lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah atau B40 termasuklah kanak kanak sehingga golongan warga emas melalui Jabatan Kebajikan Masyarat atau dikenali sebagai JKM.

Jabatan Kebajikan Masyarat telah ditubuhkan bagi tujuan memberi manfaat dan sentiasa membantu rakyat berdasarkan lima aspek penting iaitu Pencegahan, Perlindungan, Pembangunan, Pemulihan dan Pengintegrasian.

Untuk makluman umun, pihak JKM telah membuka permohonan kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 iaitu Bantuan kewangan sebanyak RM 200 sebulan selama setahun dengan jumlah keseluruhan bayaran RM 2,400. Di bawah telah disediakan panduan untuk cara permohonan dan syarat kelayakan untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Syarat Kelayakan Bantuan

Syarat kelayakan telah disediakan seperti di bawah :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan bekas pelatih perintah khidmat
  • Anak anak menerima bantuan melalui Institusi Kebajikan sebelum ini
Insentif Bantuan

Bantuan kewangan ini yang akan diberikan kepada yang layak adalah melalui dalam latihan Perantis. Kepada penerima yang layak akan diberikan sebanyak 2 pilihan iaitu latihan kemahiran atau latihan sambil belajar. Dengan adanya bantuan ini secara langsung dapat manfaat kepada anak-anak yang ingin memohon insentif bantuan kewangan melalui JKM ini.

Kadar Pembayaran 

Kepada penerima yang layak bantuan ini akan menerima bantuan seperti berikut :

  • Penerima Bantuan akan mendapat bayaran sebanyak RM 200 sebulan selama setahun
  • Jumlah keseluruhan pembayaran yang akan diterima sebanyak RM 2,400 setahun
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan

Dokumen yang perlu anda sediakan adalah seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (IC) atau sijil lahir Suami / Isteri / Anak jika ada
  • Salinan Kad Pengenalan (IC) – Pemohon
  • Salinan Penyata Gaji semasa

Jika anda sudah lengkap dengan syarat kelayakan yang ditetapakan dan sudah sediakan dokumen- dokumen penting yang diperlukan, anda boleh membuat permohonan pada borang yang telah disediakan disini – BORANG PERMOHONAN

Sekiranya anda sudah mengisi borang dengan maklumat lengkap, sila hantar ke Pejabat JKM yang berdekatan kediaman anda atau mana-mana Pejabat JKM seluruh negeri.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Senarai Bantuan Khususnya kewangan dari pihak kerajaan bagi tahun 2022 yang layak untuk anda mohon, sila ke Laman utama – DI SINI

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi membuat permohonan Bantuan yang telah dilancarkan pada tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button