BANTUANMySARA 2024SARASumbangan Asas Rahmah

SARA 2024 : Senarai Penerima Bantuan Khas Berjumlah RM1,200

SARA 2024 : Senarai Penerima bantuan tambahan khas berjumlah RM1,200 telah diumumkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini adalah merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR.

SARA 2024 : SENARAI PENERIMA

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi tahun 2024. Apa yang lebih menarik adalah bantuan akan diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kadar pemberian bantuan juga telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun sebelum iaitu RM600. Bukan itu sahaja, kategori bujang dan warga emas juga turut akan mendapat manfaat dari pemberian SARA ini bernilai RM150.

Dengan adanya insentif khas ini dapat membantu meringankan beban penerima STR. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdekatan.

KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN SARA 2024

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan tambahan ini tidak perlu dimohon kerana ia diberikan secara automatik kepada penerima STR. Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam mykad mereka yang layak.

Jadual pengkreditan dijalankan secara berperingkat selama 12 bulan (RM100/ sebulan) bermula Januari sehingga Disember 2024. Kepada yang layak dengan hanya membawa kad pengenalan boleh menggunakan amaun bantuan tersebut di pasaraya berdaftar.

KELAYAKAN SENARAI PENERIMA SARA 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan seperti di bawah.

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Tersenarai dalam data maklumat ekasih
  • Kategori bujang, warga emas dan isi rumah

Nota : Pada tahun hadapan, mereka yang berada dalam kategori bujang dan warga emas turut akan menerima insentif tambahan ini pada kadar yang lebih rendah berbanding kategori miskin tegar.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini. Panduan cara semak telah disediakan, sila layari laman rasmi Mykasih SARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerjaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button