Rasmi : STR Fasa Ketiga Dibayar Sebelum Raya
Rasmi : STR fasa ketiga akan dibayar secara kredit dan tebus tunai di BSN sebelum hari raya aidiladha penghujung bulan ini. Perdana Menteri dan selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan perkara ini.
RASMI : STR FASA KETIGA DIBAYAR AWAL
Untuk sedia maklum, jadual asal pembayaran adalah pada bulan Julai 2023. Namun atas dasar keprihatinan kerajaan telah pempercepatkan bayaran sebelum raya haji.
Pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan fasa ketiga ini akan melbiatkan peruntukan lebih dari 2 bilion. Kadar yang akan diberikan adalah dari RM100 sehingga RM1,300, jumlah mengikut kelayakan kategori penerima sedia ada.
KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Berikut adalah kadar bayaran STR fasa ketiga yang akan diterima pada penghujung bulan ini mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN)
- RM150
WARGA EMAS (SEBATANG KARA)
- RM200
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500)
- RM100 sehingga RM1,300 (Jumlah bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)
ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM5,000)
- RM0 sehingga RM250 (Jumlah bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)
SEMAKAN STATUS BAYARAN
Kepada penerima sedia ada STR, kini anda boleh membuat semakan status bayaran fasa ketiga secara online. Sila layari web rasmi MySTR – DI SINI
MAKLUMAT INFO LANJUT
Selain STR fasa ketiga, terdapat inisiatif lain yang ditawarkan pada bulan ini seperti edompet RM200 dan lain-lain lagi. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.