Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Kewangan AM RM350 Untuk Keluarga Malaysia

Bantuan kewangan AM sebanyak RM350 adalah merupakan inisiatif khas untuk keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman umum, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meenyediakan insentif bantuan AM (BA) untuk rakyat terutama kepada golongan kurang bernasib baik dari segi kewangan.

BANTUAN KEWANGAN AM PERSEKUTUAN

Program khas berbentuk bantuan kewangan ini terbuka kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Pemberian bantuan khas ini bagi membantu mereka yang layak untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat tahun ini.

Insentif bantuan am ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini, atas dasar keprihatinan dan masih relevan, pemberian bantuan ini diteruskan pada tahun ini. Permohonan boleh dibuat untuk mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menetapkan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas ini. Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Memperolehi pendapatan semasa bulanan isi rumah tidak boleh melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) atau purata miskin per kapita semasa
  • Terbuka kepada individu dan kumpulan keluarga yang memerlukan dan tidak diliputi di bawah mana-mana skim program bantuan bulanan JKM sebelum ini.

JUMLAH BANTUAN AM

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan am sebanyak RM350 dan pemberian insetif ini diberikan secara bulanan.

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN

Jika anda berminat dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti diatas. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan JKM –DI SINI

SENARAI DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Wajib sediakan salinan kad pengenalan (pemohon)
  • Salinan sijil lahir anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama (sebumbung)
  • Salinan kad pengenalan pasangan (suami isteri) dan ahli keluarga
  • Jika ada sediakan penyata gaji
  • Untuk menguatkan malumat permohona, sertakan dokumen yang berkaitan.

Permohonan secara manual boleh dibuat dengan kemukakan borang di mana-mana Pejabat kebajikan masyarakat (JKM) daerah/ jajahan/ bahagian di seluruh negara.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan am ini, terdapat pelbagai jenis program bantuan berbentuk tunai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button