BANTUANFasa 4MySTRSTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR Fasa Ke 4 : Bayaran Akan Dikreditkan Sehingga RM1,200

MySTR Fasa Ke 4 : Bayaran akan dikreditkan sehingga RM1,200 kepada penerima STR, jumlah tertakluk kepada kategori dan bilangan anak. Seperti sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan pembayaran akan mula diagihkan tidak lama lagi.

MYSTR FASA KE 4

Untuk makluman, Fasa ke 4 Sumbangan Tunai Rahmah adalah pembayaran buat kali terakhir yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia. Pemberian fasa keempat STR ini dijadualkan akan dikreditkan pada bulan November 2023.

Manakala kategori penerima sedia ada yang telah terima bayaran sehingga fasa 3 hanya akan terlibat pada fasa 4 adalah warga emas dan isi rumah. Bagi kategori bujang, bayaran telah selesai diberikan sehingga STR fasa ketiga.

Apa yang menarik adalah penerima STR yang berkelayakan turut menerima insiatif tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM600. Kepada yang terlepas pandang, dibawah disediakan jumlah kadar bayaran fasa keempat yang akan mengikut kategori.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KE 4 MENGIKUT KATEGORI

Bagi kategori isi rumah (Keluarga) yang pendapatan bulanan di bawah RM2,500 (B40) akan menerima bayaran dari RM200 sehingga RM1,200. Isi rumah tiada anak (RM200), Isi rumah mempunyai 1-2 anak (RM600), mempunyai 3-4 anak (RM900) dan mempunyai 5 dan lebih anak (RM1,200).

Manakala bagi isi rumah (Keluarga) yang pendapatan bulanan di bawah RM5,000 (M40) hanya akan melibatkan 2 kategori sahaja. Iaitu isi rumah mempunyai bilangan 3-4 anak (RM300) dan mempunyai anak 5 dan lebih (RM500).

Untuk kategori warga emas sebatang kara berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM200 seorang. Jumlah bayaran berikut adalah untuk mereka yang berjaya kredit dari STR fasa 1 hingga fasa 3.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, anda boleh membuat semakan secara  online. Untuk semakan status bayaran, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Bukan MySTR sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan khususnya bantuan kewangan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button