BANTUANBKMRayuanTarikh Pembayaran

Permohonan Rayuan BKM Dibuka Sehingga 2 Jun 2022

Untuk pengetahuan umum, buat anda yang belum dapat bantuan kewangan BKM atau tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia pada Januari 2022 yang lalu, Pihak Kerajaan telah membuat peluang untuk anda membuat permohonan rayuan BKM sehingga Jun 2022.

Tujuan Rayuan permohonan BKN ini adalah sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula bantuan berbentuk kewangan ini dengan mengemukakan beberapa dokumen penting bagi menepati syarat kelayakan bantuan BKM 2022.

Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan rayuan BKM dan panduan untuk permohonan semula seperti berikut.

Tempoh Rayuan BKM

Bagi tempoh permohonan rayuan BKM 2022 telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti berikut :

  • Permohonan rayuan bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 (Secara Online)
  • Permohonan rayuan bermula 9 Mei sehingga 2 Jun 2022  (Secara borang / manual)

Kelayakan Untuk Rayuan Permohonan BKM

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan seperti berikut :

  • Rayuan permohonan semula terbuka kepada mereka yang berstatus tidak lulus BKM 2022
  • Pemohon yang berstatus lulus BKM dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak semasa, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan bulanan sahaja

Panduan Cara Membuat Rayuan Permohonan BKM

Rayuan permohonan BKM 2022 boleh anda buat seperti di bawah :

  1. Bagi permohonan secara online, Sila layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI
  2. Bagi permohonan manual, penghantaran borang rayuan BKM 2022 boleh dibuat di cawangan LHDNM / Pejabat Setelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasi (PKH) / LHDNM yang berhampiran anda (Borang akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan, sila cetak borang tersebut)

Nota tambahan : Anda disarankan untuk membuat permohonan rayuan secara online kerana ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa anda apabila tempoh rayuan dibuka pada 2 Mei 2022.

Dokumen Penting Yang Diperlukan Dalam Permohonan Rayuan BKM

Bagi permohonan rayuan BKM ini, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting sokongan bergantung kepada kod tidak lulus permohonan.

Antara dokumen penting yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan pemohon atau pasangan, Mykid atau Mykad anak, sijil lahir anak – bagi pengesahan status kewarganegaraan, dokumen pengenalan pasangan dan sebagainya yang berkaitan.

Tarikh Pembayaran

Bagi rayuan permohonan BKM yang diluluskan, bayaran akan disalurkan pada BKM Fasa 3 dan 4 iaitu pada bulan September dan Disember 2022.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan BKM ini sila layari portal rasmi BKM seperti telah disediakan diatas. Sebarang pertanyaan boleh anda terus hubungi talian hotline khas BKM LHDNM di – 1 800 88 2747.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan yabg telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button