BANTUANBaucar

Skim Bantuan Khas RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk sedia maklum, jika anda sedang mencari barangan peralatan elektrik pada tahun ini, anda boleh tebus baucar diskaun sehingga RM 400 menerusi Skim Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih sinonim dikenali sebagai Program SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan untuk bantuan baucar pada tahun ini.

Program SAVE 3.0 2022

Untuk makluman umum, kewujudan dan perlaksanaan program save 3.0 ini adalah merupakan sambungan dari program save 1.0 dan save 2.0 pada tahun sebelum. Program SAVE ini masih dikekalkan dan diteruskan bagi mensarankan dan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk berbentuk peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga serta sekali gus menyumbangkan kepada penjimatan elektrik (Bil semasa bulanan anda).

Di dalam Program SAVE 3.0 ini, anda boleh tebus baucar diskaun sehingga maksimum RM 400 bagi pembelian barangan peralatan elektrik yang mempunyai label (Cekap Tenaga).

Kadar Baucar SAVE 3.0

Kepada isi rumah atau individu yang layak akan dapat menebus baucar maksimum sehingga RM 400 eRebat – RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50 hingga RM 200 untuk kategori 2.

Kategori SAVE 3.0

  • Kategori 1 : Pembelian penghawa dingin dan Peti sejuk
  • Kategori 2 : Pembelian Mesin basuh, Televisyen, ketuhar gelombang mikro dan periuk

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Program menebus baucar ini terhad untuk satu akaun sahaja bagi pembelian tahun ini berdasarkan “First Come First Serve”
  • Program bantuan ini hanya diberikan kepada isi rumah dan individu yang berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Kepada penerima bantuan eRebat sebelum ini bagi program SAVE tidak layak untuk menebus di kategori 1 dalam SAVE 3.0
  • Anda boleh membuat pembelian secara atas talian (Online) di mana-mana platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan PG Mall
  • Anda juga boleh membuat pembelian secara fizikal di mana-mana cawangan kedai elektrik dan pasaraya yang telah berdaftar

Nota : Baucar ini hanya boleh ditebus dengan pembelian peralatan barangan elektrik yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang sahaja.

Cara Tebus Baucar RM 400 SAVE 3.0

Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, tebus bancar eRebat SAVE 3.0 ini boleh dibuat secara online. Sila pergi ke laman platform e-dagang pilihan anda seperti berikut :

  • Jika anda ingin menebus barangan di Shopee, sila pergi ke laman rasmi Shopee – DI SINI
  • Jika anda ingin menebus barangan di Lazada, sila pergi ke laman rasmi Lazada – DI SINI

Peringatan : Bagi tempoh perlaksanaan SAVE 3.0 ini telah ditetapkan bagi tahun ini. Anda boleh menebus pada bila-bila masa anda inginkan bermula dari tarikh 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program SAVE 3.0 ini, sila rujuk pada portal rasmi Saveenergy – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain dari program SAVE 3.0 ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022 khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button