KWSPPengeluaran Khas 2.0

KWSP : Maklumat Terbaru Berkenaan Pengeluaran Khas 2.0

Untuk makluman umum, terkini pihak kerajaan telah disarankan supaya berikan kelonggaran kepada pengeluaran khas KWSP i-Sinat 2.0 secara bersasar untuk golongan yang memerlukan. Menurut Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor iaitu pakar ekonomi asia e university telah berkata, pihak KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dengan ekonomi sekarang dan pendemik yang melanda negara ini.

Menurut belian juga, kelonggaran tersebut pelu dikaji dan dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut dari sebarang pinjaman duit haram. Perkara ini perlu diselidik dan benarkan golongan yang benar-benar susah dan memerlukan mengeluarkan wang i-sinar ini bagi menampung pembelanjaan kehidupan pada masa sekarang kerana masa hadapan belum tentu lagi.

Kata beliau “Kerana kita risau, jika gologan memerlukan tidak dapat mengeluarkan duit isinar, mereka akan mencari ah long untuk pinjaman dan tambah masalah nak pinjam bank tidak boleh. Jadinya perlulah bagi kelonggaran sebab waktu tua itu belum tentu berlaku, waktu sekarang ini ramai yang tengah menghadapi kesukaran”, katanya kepada akhbar Sinar Harian pada Ahad.

Pengeluaran Khas 2.0 Secara Bersasar

Pada hari selasa, pihak kerajaan disyorkan melaksanakan pengeluaran  i sinar dan i-lestari 2.0 pada kadar jumlah separuh berbanding versi pengeluaran 1.0 untuk tempoh 3 bulan.

Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bekas Perdana Menteri juga berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-sinar 1.0 dan i-lestari cuma membawa penurunan sebanyak 1.6 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan set tabungan KWSP.

Keperluan rakyat adalah lebih menjadi keutamaan daripada prestasi semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sehubungan itu pihak KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk disalurkan kepada para pencarum.

“Selama ini dividen disimpan, tiada salahnya jika beri dahulu, keluarkan dahulu di samping wang yang disimpan. Pihak KWSP tidak perlu bagi sehingga RM 10,000 seperti sebelum ini, hanya perlu lihat pada keadaan sekarang dan gaji yang bersesuaian,” ujarnya. Sumber dari Sinar Harian.

Maklumat Lanjut 

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang tersedia yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button