Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am RM100 – RM350 : Syarat Kelayakan Permohonan

Bantuan Am RM100 – RM350 sebulan ini merupakan sebahagian inisiatif yang disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Program khas bantuan am ini adalah insentif di bawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN AM RM100 – RM350

Tahukah kalian, pihak kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif program dikenali sebagai bantuan am persekutuan. Menerusi program ini, pemohon yang lulus akan menerima insentif bulanan pada kadar RM100 sehingga RM350 mengikut kelayakan.

Permohonan bantuan istimewa ini telah dibuka sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan yang memerlukan. Pihak JKM menawarkan bantuan khas ini kepada individu/ keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bayaran bantuan am adalah minimum serendah RM100 seorang dan maksimum sehingga RM350 bagi satu keluarga. Dengan adanya pemberian sumbangan insentif tambahan ini dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN AM RM350

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan bantuan am persekutuan bagi tahun ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Golongan/ kategori yang memerlukan serta keluarga miskin yang tidak diliputi mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Nota : Setiap negeri menyediakan bantuan am masing-masing dan kriteria kelayakan adalah berbeza mengikut negeri. Kadar pemberian bantuan juga tidak seragam, jumlah telah ditetapkan dan ditentukan mengikut negeri masing-masing.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN AM 2024

Jika anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan am boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button