BANTUANJKM

Bantuan JKM RM100 – RM350 Untuk B40 ~ Panduan Permohonan

Bantuan JKM adalah merupakan inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan b40 dan miskin tegar.

Bantuan khas ini terdapat di peringkat negeri dan persekutuan seluruh Malaysia. Salah satu inisiatif yang masih disediakan pada tahun ini yang membolehkan anda untuk mendapatkannya adalah Bantuan Am Persekutuan. Insentif ini dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM.

BANTUAN JKM

Untuk sedia maklum, bagi yang berkelayakan untuk menerima Bantuan Am Persekutuan ini. Kadar bayaran telah ditetapkan iaitu serendah RM 100 sehingga RM 350 sebulan, dan bantuan ini diberikan setiap bulan bergantung kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Pada tahun ini ramai yang telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari pihak JKM ini. Kepada anda yang kurang bernasib baik dari segi kewangan, disarankan untuk membuat permohonan kerana bantuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.

Jika anda terlepas pandang, banyak bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan JKM (Am Persekutuan) seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan melebihi tempoh yang dibenarkan
  • Individu dan golongan yang memerlukan dan keluarga yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim atau program bantuan bulanan lain dari pihak JKM
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan bantuan JKM ini boleh dibuat dengan cara kemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan atau Bahagian berhampiran kediaman anda.

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen penting semasa permohonan seperti dibawah:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon (depan belakang)
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami/ isteri/ bapa/ ibu atau anak yang tinggal serumah
  • Sekiranya ada penyata gaji, anda perlu sediakan
  • Salinan sijil kelahiran anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

Jika anda ingin semak maklumat lebih terperinci mengenai bantuan JKM ini, sila layari laman rasmi JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, bantuan ini dibuka sepanjang tahun untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button