BANTUANBTR

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Sebelum Hujung Bulan Ini

Tarikh bayaran bantuan tunai rakyat (BTR) akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum hujung bulan ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang bajet mini 2023 pada Disember lalu.

Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan berbentuk kewangan ini pada tahun 2023 dan bersetuju untuk mempercepatkan bayaran pada bulan Januari 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan.

PROGRAM BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Untuk sedia maklum, pada tahun ini ramai yang masih terkesan disebabkan beberapa faktor seperti keadaan ekonomi domestik yang tidak stabil. Tambahan baru-baru ini banyak kawasan yang dilanda banjir terutama di negeri-negeri pantai timur dan pendemik yang masih belum pulih sepenuhnya.

Sebagai kerajaan perpaduan pada tahun ini dan atas keprihatinan kerajaan, pembayaran bantuan tunai rakyat telah dipercepatkan dari bulan Mac sepatutnya kepada bulan Januari 2023. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat yang memerlukan melalui bayaran BTR fasa 1 pada bulan ini.

Perkara ini bagi menggantikan bantuan kewangan sebelum ini seperti BSH, BPR, BR1M dan BKM dengan melibatkan jumlah bantuan yang berbeza.

KATEGORI LAYAK MENERIMA BTR FASA 1

Untuk sedia maklum, pembayaran BTR fasa 1 akan membabitkan 2 kategori penerima iaitu Bujang dan isi rumah (keluarga) untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak.

Bagi yang terlepas, pada bulan ini bukanlah pembayaran penuh bantuan tunai rakyat. Pembayaran BTR tahun ini sama seperti bantuan (BKM) tahun lalu yang akan melibatkan pembayaran secara berfasa kepada kategori yang terlibat.

KADAR BANTUAN TUNAI FASA 1

Berikut adalah jumlah bayaran BTR fasa 1 yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia seperti dibawah :

  • Kategori isi rumah (keluarga) : RM300 
  • Kategori bujang : RM100

Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat (kredit ke dalam akaun penerima) dan bagi tiada kad bank boleh tebus di cawangan BSN yang terpilih.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 1

Bagi tarikh bayaran BTR fasa 1 akan mula diberikan selewatnya sebelum penghujung bulan Januari 2023. Segala maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran BTR fasa 1 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Kepada anda yang terlepas pandang, pada tahun baru ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Perkara ini bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Untuk semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button