BANTUANMySTRMySTR 2024STR

MySTR 2024 : Jumlah Bayaran Penuh Bantuan Mengikut Kategori

MySTR 2024 : Jumlah Bayaran penuh mengikut kategori penerima dari bujang, warga emas dan isi rumah telah diumumkan kerajaan. Untuk makluman, STR adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang yang telah diperkenalkan pada tahun ini.

MYSTR 2024 : JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI

Pada sidang belanjawan 2024, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah. Beliau berkata pemberian bantuan tunai STR secara rasmi akan diteruskan pada tahun hadapan.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah bayaran insentif tersebut akan dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding RM3,100 tahun 2023. Dengan kenaikkan insentif khas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan B40 dan M40 pada tahun 2024.

KADAR JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran penuh bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sesi 2024 akan diberikan mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (ASAS) PENDAPATAN RM2,500

  • Tiada anak : RM1,000
  • Mempunyai 1-2 anak : RM1,500
  • Mempunyai 3-4 anak : RM2,000
  • Mempunyai >5 anak : RM2,500

ISI RUMAH (ASAS) PENDAPATAN RM5,000

  • Tiada anak : RM500
  • Mempunyai 1-2 anak : RM750
  • Mempunyai 3-4 anak : RM1,000
  • Mempunyai >5 anak : RM1,250

KATEGORI BUJANG PENDAPATAN RM2,500

  • RM350

WARGA EMAS BUJANG (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Bagi pemberian insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun 2023 berjumlah RM600. Kadar pemberian bantuan SARA mengikut kategori kepada penerima STR seperti dibawah.

  • STR Miskin tegar : RM1,200
  • STR Miskin : RM1,200
  • STR Isi rumah : RM300
  • STR Bujang : RM150

TARIKH BAYARAN MYSTR & SARA 2024

Untuk makluman umum, pembayaran STR akan diberikan secara berperingkat mengikut fasa pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024. Manakala bagi pemberian SARA pula dikreditkan dalam mykad bermula Januari sehingga Disember.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR

Kepada penerima sedia ada yang belum kemaskini maklumat terkini, anda masih boleh kemaskini dan mereka yang bukan penerima boleh kemukakan permohonan baru. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button