BANTUANSTRTarikh Pembayaran

Bantuan Kewangan RM2500 Untuk B40 & M40

Bantuan kewangan RM2500 adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan. Untuk sedia maklum, pemberian bantuan tunai khas ini ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan pada tahun ini.

BANTUAN KEWANGAN RM2500

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan kewangan khas ini yang telah dijenama semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan secara berperingkat. Pembayaran akan dijalankan melalui empat (4) fasa pada tahun 2023.

Insentif ini akan melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dan setiap kategori akan menerima jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan.

JADUAL BAYARAN STR 2023

Seperti sedia maklum, pembayaran akan dijalankan secara berperingkat melalui 4 fasa. Jadual lengkap bayaran STR 2023 adalah seperti berikut :

  • Bayaran STR fasa 1 : Bermula 17 Januari 2023
  • Bayaran STR fasa 2 : Bermula 5 April 2023
  • Bayaran STR fasa 3 : Bermula Julai 2023 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR fasa 4 : Bermula November 2023 (Tarikh akan dikemaskini)

Nota : Untuk makluman tambahan, kepada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar, anda layak menerima inisiatif tambahan. Dalam berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan STR yang akan diterima mengikut kategori kelayakan seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM2,500)

  • Tiada anak : RM1,000
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM1,500
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM2,000
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM5,000 KE BAWAH)

  • Tiada anak : RM500
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM750
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM1,000
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM1,250

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM350

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM600

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran pada tahun 2023.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Bagi pengetahuan umum, pembayaran STR fasa 1 dan 2 telah selesai diberikan dan kini berbaki fasa 3 dan 4 sahaja. Untuk semak status bayaran STR masing-masing, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR terdapat lebih banyak bantuan kewangan telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button