BANTUANSara Diri

Permohonan Bantuan Sara Diri Sehingga RM2,000

Permohonan bantuan sara diri sehingga RM2,000 telah dibuka kepada individu yang berkelayakan bagi sesi tahun 2023. Untuk makluman, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu meringankan rakyat yang memerlukan.

BANTUAN SARA DIRI 2023

Salah satu insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini adalah program bantuan sara diri yang melibatkan golongan yang berkelayakan memerlukan. Melalui program bantuan khas ini akan melibatkan kadar bayaran bantuan sebanyak RM500 sehingga RM2,000 bergantung pada kelayakan pemohon.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa sepenuh masa semester kedua dan keatas. Kategori yang terbabit adalah peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sajana serta ijazah doktor falsafah menuntut di Institusi Pengajian Tinggi yang telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan awam dan agensi kelayakan.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan khas ini pada kadar RM500 sehingga RM2,000 mengikut kelayakan permohonan. Kategori bantuan seperti berikut :

  • Bantuan sara diri : RM500 – RM2,000 mengikut kelayakan
  • Bantuan kecemasan : Sehingga 5,000 (tertakluk pada terma dan syarat)

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Sila layari portal rasmi EHEYNS – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, sila sediakan dokumen penting seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa (penjaga)
  • Salinan penyata akaun bank pemohon
  • Salinan kad pelajar
  • Penyata pendapatan isi rumah (keluarga)
  • Borang perakuan – boleh dimuat turun di portal rasmi EHEYNS.

Nota : Permohon bantuan sara diri ini dibuka untuk warga negeri Perak (pemohon atau ibu bapa kelahiran negeri Perak). Jika berkelayakan, anda disarankan membuat permohonan bantuan khas ini bagi meringankan beban. Keutamaan bantuan khas ini bagi mahasiswa yang masih menetap di negeri Perak pada tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada permohonan bantuan sara diri negeri Perak ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri lain dan persekutuan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button