KWSPPengeluaran Khas

Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM30,000 Sebelum Musim Perayaan Aidilfitri

Tuntutan pengeluaran khas KWSP RM10,000 sehingga RM30,000 sebelum musim perayaan aidilfitri. Perkara ini telah diumumkan oleh pihak Persatuaan penyelesaian pengguna dan peminjam Malaysia (4PM). Serta Pertubuhan aktivis rakyat Malaysia (Prorakyat) baru-baru ini.

PENGELUARAN KHAS 

Untuk sedia maklum, pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak tuntutan pengeluaran KWSP ini. Mereka mempunyai sebab kukuh untuk kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini. Hal ini kerana dana KWSP tidak akan terjejas berikutan berjuta caruman masuk setiap bulan dalam tabung agensi KWSP.

Selaku Presiden 4PM iaitu En Roslan Mohd Arif telah berkata bahawa pengeluaran ini seharusnya dibenarkan. Hal ini kerana ia membabitkan simpanan wang milik pencarum dan mereka sedar tabungan akan susut sekiranya membuat pengeluaran.

Tambahan lagi menurut beliau, ada sesetengah pencarum yang tidak sempat menikmati persaraan pada hari tua dengan kesimpitan hidup. Memandangkan pada waktu sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai dan ada yang telah diisytiharkan muflis. Bukan itu sahaja, ada juga yang telah bunuh diri disebabkan kesempitan kewangan.

Pihak KWSP sebelum ini telah menyatakan bahawa melalui 4 siri kemudahan pengeluaran KWSP. Iaitu i-sinar, i-citra, i-lestari dan pengeluaran khas yang dibenarkan semasa pendemik. Berikutan pengeluaran tersebut KWSP terlepas peluang untuk mengembangkan aktiviti pelaburan susulan pengeluaran sebanyak RM145 bilion oleh 8.1 juta para pencarum.

TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS SEHINGGA RM30,000

Menurut pihak 4PM dan Prorakyat, dana simpanan KWSP tidak akan terjejas kerana pengeluaran ini. Berikutan siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak mendesak tuntutan pengeluaran khas KWSP RM10,000 sehingga RM30,000 secara one-off bagi meringkan kos sara hidup.

Pengeluaran khas ini tidak akan menggangu para pelabur KWSP dan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mempertimbangkan pengeluaran khas ini.

”Pihak kami berharap agar kerajaan perpaduan serta pihak KWSP dapat mencari satu formula dan penyelesaian terbaik bagaimana pengeluaran untuk pencarum dapat diluluskan”.

Besar harapan para pencarum supaya tabungan simpanan tabungan ini boleh dikeluarkan setelah pembayaran dividen selewatnya pada bulan Mac atau sebelum menjelang perayaan aidilfitri.

INFORMASI LANJUT

Pada tahun 2023, terdapat pelbagai kemudahan terutama inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai insetif yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button