AidilfitriBANTUANiPerantau

I-Perantau : Bantuan Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk makluman umum, Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan peruntukkan sebanyak kiran-kira RM 1.5 juta bagi inisiatif Bantuan i-Perantau sempena menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Bantuan ini diberikan secara One-off (Sekali bayar) sahaja kepada anak perantau yang layak.

Kepada yang berada di perantauan, anda boleh memohon bantuan kewangan ini dengan tujuan dapat meringankan sedikit sebanyak beban pembelanjaan ketika musim perayaan nanti.

Dianggarkan kira-kira 5,000 ketua isi rumah anak perantau bakal mendapat manfaat dari insentif bantuan i-perantau ini.

Panduan Cara Mohon Bantuan I-Perantau

Jika anda berminat, boleh membuat permohonan melalui Portal Rasmi I-Perantau – DI SINI

Tempoh Permohonan I-Perantau

Untuk makluman, permohonan boleh dilakukan secara online (atas talian) bermula dari tarikh 24 April 2022 sehingga tarikh tutup pada 2 Mei 2022.

Syarat Kelayakan 

Syarat kelayakan permohonan i-Perautau adalah seperti dibawah :

  • Pendapatan isi rumah bulanan RM 5,000 dan ke bawah
  • Ketua isi rumah yang mengundi di negeri Terengganu

Butiran Bantuan I-Perantau

Bantuan i-perantai adalah satu insentif berbentuk kewangan untuk anak perantauan negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang ke halaman kampung menyambut raya aidifitri dengan selesa dan gembira.

Bantuan ini telah diperkenal dan dilaksanakan bagi tujuan penghargaan dari Kerajaan negeri Terengganu bagi tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.

Pihak Kerajaan negeri berharap semoga dengan adanya insentif bantuan i-Perantau ini dapat memberikan keringanan kepada para perantau yang memerlukan ketika pulang ke kampung untuk berhari raya pada tahun ini.

Tarikh Dan Kaedah Pembayaran

Pembayaran pertama bantuan i-perantau akan bermula pada tarikh 15 Mei 2022, bermula dari zon lembah klang serta disusuli zon lain termasuklah di Sarawak dan Sabah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan sempena perayaan i-Perantau ini, sila hubungi talian urus setia i-perantau di – 011-51754924 / 011 51754969

Maklumat Lanjut

Selain bantuan iPerantau ini, terdapat pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan persekutuan atau kerajaan Negeri selain dari Terengganu, Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button