BANTUANi-SuriKWSPSuri Rumah

Bantuan Suri Rumah Khas RM 480 ~ Panduan Permohonan

Bantuan suri rumah khas ini adalah inisiatif kemudahan yang telah disediakan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun ini. Program ini dikenali sebagai i-suri KWSP yang mana terbuka kepada golongan wanita dan suri rumah.

I-SURI KWSP

Kemudahan skim i-suri ini adalah merupakan insentif tambahan sebanyak RM 480 yang diberikan kepada pencarum golongan suri rumah. Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas suri rumah ini adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan tersebut serta penghargaan mengiktiraf sumbangan golonga suri rumah kepada ahli keluarga dan pembangunan ekonomi negara.

Menerusi skim i-suri kwsp ini, pencarum dapat pelbagai faedah seperti menabung untuk masa hadapan, mendapatkan dividen tahunan serta insentif tambahan sehingga RM 480 setahun.

KEPENTINGAN SKIM I-SURI KWSP

Pelbagai faedah dan manfaat yang boleh didapatkan menerusi skim i-suri kwsp ini seperti berikut :

  • Secara automatik layak mendapatkan bantuan kematian sebanyak RM 2,500
  • Menerima bantuan khas suri rumah (insentif RM 480 setahun)
  • Boleh membuat caruman bebas pada bila-bila masa mengikut kemampuan individu dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut terma syarat yang ditetapkan
  • Menerima dividen tahun KWSP
  • Automatik layak terima bantuan hilang upaya RM 5,000.

SYARAT KELAYAKAN I-SURI

Jika anda berminat atau mempunyai kenalan yang merupakan golongan suri rumah, permohonan boleh dibuat. Semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan dahulu seperti dibawah :

  • Bantuan khas suri rumah ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan golongan suri rumah
  • Umur kelayakan 55 tahun dan kebawah
  • Merupakan isteri kepada ketua isi rumah
  • Mempunyai caruman sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau bersamaan RM 60 setahun dalam akaun KWSP.

Peringatan kepada ahli yang ingin memohon, hanya 1 insentif sahaja boleh dipilih. Sekiranya ahli telah berdaftar dengan insentif persaraan, ahli perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum mohon skim i-suri KWSP.

PANDUAN PERMOHONAN

Skim i-suri kwsp ini amat disarankan kerana banyak manfaat boleh diperolehi. Jika anda berminat untuk membuat permohonan. Pendaftaran dan permohonan ahli i-suri kwsp boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

Anda disarankan sertakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan borang permohonan. Untuk muat turun borang secara online, anda boleh layari portal rasmi i-suri kwsp – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada insentif bantuan khas suri rumah ini, terdapat pelbagai kemudahan dan bantuan telah disediakan oleh pihak KWSP dan kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang boleh anda dapatkan, sila ke laman utama – TEKAN DISINI untuk semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button