BANTUANeTunaiKredit

Rasmi : Kredit ETunai RM100 Percuma Untuk B40 & M40

Rasmi : Kredit ETunai RM100 percuma untuk golongan dewasa B40 & M40 boleh dituntut pada suku keempat tahun 2023. Untuk sedia maklum, pelbagai inisiatif telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat pada tahun ini.

RASMI : KREDIT ETUNAI RM100

Baru-baru ini, Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan satu lagi inisiatif berbentuk bantuan etunai. Apa yang menarik adalah kredit ewallet percuma RM100 ini akan ditawarkan kepada kategori dewasa dari golongan B40 dan M40.

Kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka yang berpendapatan RM100,000 setahun layak untuk dapatkan kredit etunai RM100 ini. Perlaksanaan pemberian insentif ini akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini, bermakna akan diberikan pada bulan Oktober, November atau Disember 2023.

Perlaksanaan program khas ini akan melibatkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia. Individu berumur 21 tahun dan ke atas (Dewasa) yang merangkumi golongan B40 dan M40 boleh claim bantuan ini.

Bantuan kredit etunai RM100 ini secara rasmi telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat. Majlis tersebut berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti Bukit Kiara pada 27 Julai lalu.

MANFAAT KREDIT ETUNAI RM100

Bantuan khas ini masih terus dilaksanakan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat. Dengan adanya insentif ini secara langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pemberian insiaitif khas ini akan membiasakan rakyat untuk menggunakan kemudahan pembelanjaan menggunakan aplikasi edompet. Pembelian secara tanpa tunai adalah lebih mudah dan selamat berbanding secara tunai.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk dapatkan kredit etunai RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan RM100,000 setahun
  • Golongan B40 & M40 (Dewasa)

Apa yang pasti bantuan khas ini akan dilaksanakan pada suku akhir tahun ini. Segala maklumat terbaru berkenaan kredit etunai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Maklumat tambahan : Bantuan eBeliaRahmah RM200 masih boleh ditebus oleh golongan belia dan mahasiswa sebelum 22 Ogos ini. Mereka yang belum tebus boleh dapatkan segera, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button