BANTUANBKMFASA 3KerajaanTarikh Pembayaran

Bayaran BKM Fasa 3 Telah Mula Disalurkan ~ Semak Status Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Untuk makluman semua, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan Program inisiatif berbentuk bantuan tunai dari pihak Kerajaan yang melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Seperti sedia maklum, Bayaran BKM akan melalui 4 Fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan terakhir Disember 2022.

Untuk sedia maklum, pembayaran bagi BKM Fasa 1 telahpun selesai pada 28 Mac 2022 secara berperingkat. Da bermula 27 Jun 2022 pembayaran bagi Fasa 2 telah mula disalurkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima dan pembayaran telahpun selesai.

BKM Fasa 3

Kini bermula 20 September 2022 pembayaran bagi BKM Fasa ke 3 telah mula diberikan secara berperingkat ke akaun masing-masing dan dijangkakan akan disalurkan sehingga 27 September nanti. Bagi pengetahuan semua, semua kategori akan menerima bayaran bantuan fasa 3 ini iaitu Isi rumah, ibu bapa tunggal, bujang serta warga emas.

Pembayaran FASA 3 BKM Ke Semua Senarai Bank

Seperti sedia maklum, pembayaran BKM akan didahulukan kepada penerima Bank Simpanan Nasional (BSN). Bermula 20 September 2022 bayaran akan mula diagihkan kepada semua senarai bank yang terlibat sehingga 27 September. Di harapkan anda bersabar menunggu duit masuk ke akaun kerana pembayaran dalam klausa yang besar dan dijalankan secara berperingkat.

Kadar Bayaran Fasa 3

Untuk sedia maklum, selepas pengumuman Perdana Menteri tempoh hari bayaran kali ini akan diberikan sehingga RM 900 bergantung kepada kategori kelayakan penerima. Kepada pemohon yang membuat rayuan BKM pula akan menerima bayaran RM 2,350 kepada yang lulus.

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia

Kepada penerima BKM yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh mula menebus bantuan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. Manakala bagi penerima BKM secara kredit ke dalam akaun, anda sudah boleh membuat semakan status bayaran dengan mudah secara online. Sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Kini tahun 2022 terdapat lebih banyak program dan bantuan telah dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi meringankan kos pembelanjaan rakyat yang memerlukan pada tahun 2022. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button