BANTUANBMT

Bantuan Tunai RM 600 Diberikan Pada November & Disember 2022

Bagi makluman semua, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun 2022 bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. Salah satu bantuan adalah melalui RISDA yang telah diperkenalkan bantuan sebanyak RM 600 kepada yang layak menerima insentif tersebut.

Bantuan Musim Tengkujuh

Melalui pihak RISDA, terdapat satu bantuan kewangan yang boleh didapati sekiranya anda berkelayakan iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun 2022. Ini adalah merupakan bantuan yang diberikan sebanyak RM 600 yang dibahagi 2 Fasa, bermaksud penerima yang layak akan terima bayaran sebanyak RM 300 untuk setiap Fasa.

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Seorang penerima hanya layak menerima insentif bantuan ini sekali sahaja
  • Merupakan pekebun yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja – Sama ada pemilik tanah atau penoreh
  • Memperolehi Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih aktif – Bagi penoreh bukan pemilik sahaja.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen penting semasa permohonan seperti berikut :

  • Sediakan kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Sediakan geran asal tanah dan salinan
  • Sediakan salinan buku akaun bank yang masih aktif

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BMT ini, sila layari Portal rasmi BMT – DI SINI

Bayaran Bantuan Pada November & Disember 2022

Bagi sedia maklum, pembayaran bantuan BMT ini akan mula disalurkan pada November dan Disember secara berperingkat dengan jumlah sebanyak RM 300 setiap bulan. Pembayaran akan diberikan secara EFT ke akaun bank masing-masing. Untuk semakan kelulusan anda boleh semak di laman rasmi BMT yang telah disediakan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain bantuan BMT ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi membantu meringankan pembelanjaan kos sara hidup dan beban kepada keluarga Malaysia yang memerlukan.

Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button