BANTUANJKM

Jadual & Jenis Bayaran Bantuan JKM Bulan September 2022

Pada bulan September 2022 terdapat pelbagai kategori bayaran bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) kepada mereka yang memerlukan. Pembayaran akan disalurkan seperti biasa seperti jadual yang telah di tetapkan dan Semakan boleh dibuat.

Untuk sedia maklum, bayaran bantuan JKM adalah berbeza mengikut kategori jenis dan Negeri masing-masing bagi memudahkan urusan pembayaran bantuan kepada penerimanya. Hal ini kerana pengendalian bantuan kewangan ini dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan di seluruh negara.

Senarai Kategori Bantuan JKM

Untuk semakan anda, dibawah telah disediakan senarai jenis bantuan yang ada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

  • Bantuan Anak Peliharaan
  • Elaun Pekerja OKU
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan Penjagaan OKU terlantar
  • Bantuan AM Persekutuan
  • Bantuan Latihan Perantisan
  • Bantuan Alat Tiruan atau Alat Sokongan
  • Bantuan Geran Pelancaran
  • Bantuan Warga Emas
  • Tabung Bantuan Segera
  • Bantuan OKU Tidak Bekerja

Tarikh Jadual Pembayaran Bantuan JKM Bulan September 2022

Bagi pengetahuan umum, bayaran bantuan semua jenis bantuan JKM bagi bulan ini akan disalurkan secara kredit ke akaun masing-masing bermula 1 hingga 10 September 2022 secara berperingkat mengikut kategori.

Jika terdapat perubahan bagi bayaran bantuan bulan September, pihak JKM akan memaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk semakan maklumat lebih mendalam berkenaan bantuan ini, anda boleh layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat – DI SINI , jika berlaku kelewatan pembayaran, diharapkan penerima hubungi pihak JKM mengikut negeri masing-masing.

Panduan Mohon Bantuan JKM

Masih belum terlambat kepada sesiapa yang memerlukan, anda boleh membuat permohonan bantuan JKM diperingkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk makluman, setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui siasatan untuk penilaian means-tested bagi tujuan mengesahkan kelayakan bantuan kepada mereka yang memohon. Program bantuan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Anda boleh muat turun borang permohonan bantuan JKM – BORANG PERMOHONAN JKM 18

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan mahupun JKM telah menyediakan pelbagai pakej bantuan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button