BANTUANe-DompeteTunai

Bantuan E-Tunai 2023 : Bayaran Kredit EDompet Percuma RM200 Diberikan Bulan Jun

Bantuan e-tunai 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan edompet yang diperkenalkan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pada pembentangan Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas edompet pada tahun ini.

BANTUAN E-TUNAI 2023

Untuk makluman, program khas bantuan e-tunai ini ditawarkan setiap tahun. Pada tahun 2021 dikenali sebagai eBelia, pada 2022 dikenali ePemula dan tahun ini dijenama semula kepada kredit e-tunai belia rahmah.

Apa yang menarik pemberian bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang tergolongan dalam golongon b40. Kadar bantuan juga telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Bagi program bantuan e-tunai 2023, syarat kelayakan telah ditetapkan seperti berikut :

  • Golongan belia B40 yang berumur 18,19 dan 20 tahun
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Program diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur kelayakan

TARIKH PERLAKSANAAN

Untuk pengetahuan umum, program bantuan edompet ini akan diberikan pada bulan Jun 2023 (bulan depan). Jumlah kredit e-tunai ini ditawarkan pada kadar RM200 seorang.

Kaedah tebus bantuan dijangka sama seperti tahun lalu, pemohon boleh tebus kredit edompet ini di aplikasi pilihan yang telah disediakan. Seperti BigPay, Grabpay, Shopeepay dan Touch N Go ewallet.

Bantuan khas ini secara rasmi telah diumumkan pada sidang BELANJAWAN 2023 dan segala maklumat berkenaan cara permohonan akan dikemaskini sebelum tarikh perlaksanaan dimaklumkan.

INFO LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan bagi meringankan beban rakyat B40 pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button