BANTUANMySARASumbangan Asas Rahmah

MySARA : Bantuan Tambahan Khusus Untuk Penerima STR 2024

MySARA : Bantuan Tambahan khusus untuk penerima STR bagi tahun 2024 telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan perpaduan. Bagi pengetahuan umum, pemberian insentif khas ini merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

MYSARA : BANTUAN TAMBAHAN STR

Kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan istimewa ini disalurkan bagi menampung serta meringankan beban kewangan penerima STR tahun ini.

Apa yang menarik adalah pada tahun ini bantuan MySARA Kasih telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR dan ini menandakan keprihatinan kerajaan bagi membantu rakyat. Kategori juga telah ditambah berbanding tahun lalu kepada 4.

Bantuan khas ini tidak disalurkan secara tunai, ianya diberikan dalam bentuk kredit dalam mykad penerima STR. Bagi negeri Sabah, Sarawak dan labuan pula akan menerima secara kredit ke akaun BSN atau tebus di kaunter.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN (MYSARA)

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan mengikut kategori penerima yang layak seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah/ warga emas (Miskin tegar dan miskin) : RM1,200
  • Kategori bujang (miskin tegar dan miskin) : RM600
  • Kategori isi rumah (bukan miskin tegar dan miskin) : RM300
  • Kategori bujang dan warga emas (bukan miskin tegar dan miskin) : RM150

Untuk makluman, bayaran bantuan tambahan ini telah mula disalurkan berperingkat bagi penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar. Untuk bayaran mereka yang bukan berstatus miskin atau miskin tegar akan dikemaskini selepas pengumuman dari kerajaan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA 2024

Jika kalian merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak menerima bantuan SARA boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

Nota : Tiada sebarang permohonan perlu dilakukan kerana insentif tambahan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak (ekasih).

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button