BANTUANFasa 2STRTarikh Pembayaran

Jadual Bayaran Fasa Kedua Telah Diumumkan

Jadual bayaran fasa kedua Sumbangan tunai rahmah (STR) telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini untuk penerima berdaftar. Untuk makluman, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Untuk sedia makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan bantuan baru diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai terdahulu iaitu BKM 2022.

STR telah dijenamakan semula daripada bantuan tunai rakyat (BTR) dan penerima berpandukan maklumat data BM 2022. Pembayaran STR akan melibatkan 4 fasa pada kadar yang berbeza bergantung kelayakan kategori.

Bermula 17 Januari 2023, bayaran STR fasa pertama telah diberikan secara berperingkat melalui kredit terus ke dalam akaun bank penerima dan tebus tunai bagi mereka yang tiada kad bank. Berikut telah disediakan maklumat ringkas berkenaan fasa berikutnya.

JADUAL BAYARAN FASA KEDUA

Pada sidang parlimen yang berlangsung 14 Mac lalu, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa jadual bayaran fasa kedua STR akan diagihkan bermula pada bulan depan. Pembayaran akan diberikan selewat-lewatnya sebelum raya aidilfitri.

Ini bermakna tarikh pembayaran fasa kedua STR akan mula dikreditkan sebelum 22 April 2023. Ini secara langsung dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi persediaan menyambut perayaan hari raya puasa tahun ini.

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SEBELUM TARIKH TUTUP

Kepada semua penerima sedia ada, anda disarankan membuat semakan maklumat peribadi sekiranya mempunyai sebarang perubahan maklumat terkini. Bagi bukan penerima STR, jangan lepaskan peluang kerana sepanjang bulan Mac pihak kerajaan membuka permohonan baru.

Setakat 12 Mac, seramai 320,105 orang telahpun mendaftar permohonan baru STR. Bagi yang masih belum kemaskini atau membuat permohonan baru, anda boleh membuat semakan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STR

Kepada yang ingin membuat semakan atau pendaftaran baru STR, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Sila kemaskini maklumat anda bagi penerima sedia ada dan buat pendaftaran baru bagi bukan penerima STR di laman rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan STR terdapat lebih banyak insiatif yang telah dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, jangan lepaskan peluang dan sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button