AidilfitriBANTUANBKKAKerajaan

BKKA : Bantuan Khas Aidilfitri Mula Dikreditkan Pada 5 April 2024

BKKA : Bantuan Khas Aidilfitri akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat seluruh negara pada 5 April ini. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

BKKA : BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Seperti sedia maklum, pada awal minggu ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA). Program bantuan raya ini akan diberikan pada kadar RM500 dan RM250 mengikut kategori penerima.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan atau bonus raya ini adalah bagi menghargai jasa serta pengorbanan badan penjawat awam dalam perkhidmatan kepada masyarakat. Pengagihan akan disalurkan secara berperingkat pada hari Jumaat ini seluruh negara.

Ini merupakan salah satu dasar keprihatinan kerajaan perpaduan terhadap rakyat terutama mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan awam. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat membantu mereka membuat perancangan awal kewangan bagi persiapan menyambut perayaan aidilfitri tahun ini.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Pengagihan bantuan khas aidilfitri ini akan disalurkan secara one-off pada kadar yang telah ditetapkan. Senarai penerima yang berkelayakan dengan kadar bantuan adalah seperti di bawah.

Pemberian BKKA 2024 berjumlah RM500 akan dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam / penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Penerima termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak pada tahun ini.

Bagi pemberian BKKA sebanyak RM250 pula diberikan kepada :

  • Veteran berpencen
  • Veteran tidak berpencen
  • Pesara berpencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara skim KWSP yang bersara mengikut umur persaraan wajib
  • Pesara pilihan dan belum menerima pencen.

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Bagi makluman, tarikh jadual rasmi bayaran BKKA ini akan dikreditkan bermula 5 April 2024 sehingga selesai sebelum perayaan. Inisiatif khas bonus raya ini adalah bantuan di bawah Belanjawan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button