BANTUANBKMTarikh Pembayaran

RASMI~ Semakan Status Pembayaran BKM Fasa Ke-3 & Rayuan BKM Sudah Boleh Dibuat Sekarang

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berkenaan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia yang telah memasuki Fasa ke-3. Untuk makluman, semakan status pembayaran BKM Fasa 3 sudah boleh dibuat bermula 20 September 2022 bersamaan hari Selasa.

Bagi makluman umum, kaedah pembayaran Fasa 3 akan disalurkan sama seperti bayaran terdahulu iaitu secara berperingkat ke akaun penerima dan bagi penerima tanpa kad bank boleh menebus bantuan masing-masing di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Berita ini sangat menggembirakan hati rakyat setelah bayaran sebelum ini iaitu fasa 2 pada Jun 2022. Di bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan BKM 2022 yang boleh anda jadikan rujukan.

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang berkelayakan termasuk golongan yang berpendapatan dibawah RM 5,000 sebulan. Bantuan ini disalurkan kepada kategori Isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal serta warga emas pada tahun ini.

Kadar Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Untuk penerima sedia ada, kadar bayaran BKM Fasa 3 yang anda akan terima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah bayaran adalah sehingga RM 900, bergantung kelayakan penerima.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Untuk makluman, secara rasminya bermula pada tarikh 20 September 2022 (Selasa) kepada penerima BKM anda sudah boleh semak status bayaran BKM kerana pada tarikh tersebut pembayaran mula disalurkan ke akaun masing-masing. Namun pihak kerajaan berharap supaya penerima bersabar kerana bayaran dilakukan secara berperingkat sehingga 27 September 2022.

Kategori Yang Terima Bayaran BKM Fasa 3

Pada edisi kali ini, semua kategori akan terlibat dalam penerimaan bayaran bantuan ini, kepada penerima sedia ada sila semak status BKM anda untuk memudahkan semakan maklumat pembayaran.

Penerima Rayuan BKM ?

Bagi kategori rayuan BKM pula, menurut Perdana Menteri lebih daripada 80,000 calon telah lulus rayuan BKM dan mereka akan menerima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan.

Semakan Status Bayaran BKM Fasa 3 Segera

Kini anda sudah boleh membuat semakan status bayaran BKM seperti dibawah :

  1. Sila log masuk portal rasmi BKM – DI SINI
  2. Seterusnya tekan butang Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda
  4. Tekan butang maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkenaan bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, anda boleh semak senarai bantuan di laman utama yang telah disediakan –KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button