BANTUANBeliaPERKESO

Bantuan Kewangan Belia B40 Sebanyak RM1000

Bantuan kewangan belia ini adalah merupakan insentif khas yang disediakan oleh pihak PERKESO. Program Penjana Kerjaya ini telah memasuki edisi 3.0 yang mana memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia B40 dengan insentif sebanyak RM1,000 seorang.

INSENTIF KHAS UNTUK BELIA

Untuk makluman program insentif kewangan belia ini adalah untuk mereka yang sedang menganggur atau mencari pekerjaan. Insentif khas RM1,000 disediakan untuk individu yang ingin menyertai program penjana kerjaya ini.

Untuk sedia maklum, program PENJANA telah dilaksanakan oleh PERKESO di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia. Program ini bertujuan bagi meransang pewujudan pekerjaan serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan muda.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut telah disediakan syarat kelayakan asas bagi bantuan kewangan belia RM1,000 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan golongan belia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Individu lepasan sekolah atau graduan
  • Individu belia yang sendang menganggur atau mencari pekerjaan.

KADAR INSENTIF

Berikut adalah kadar insentif yang boleh didapatkan melalui program penjana kerjaya seperti dibawah :

  • Akan menerima bayaran insentif sebanyak RM1,000 untuk majikan yang mempunyai pekerja berstatus lepasan sekolah atau graduan untuk program perantisan
  • Pekerja automatik layak menerima elaun berbentuk kesediaan kerja / insentif tambahan
  • Gaji minimum disediakan sebanyak RM1,200 untuk sebulan
  • Tempoh bayaran diberikan selama 3 bulan bersyarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Setiap belia yang menyertai program perantis perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO
  • Setiap syarikat wajib berdaftar dahulu dan perlu membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan belia perantis di laman MyFutureJobs.

TUJUAN INSENTIF

Untuk makluman, tujuan program insentif ini dilaksanakan adalah bagi memberi manfaat peluang pekerjaan kepada kumpulan Belia B40 yang sedang menganggur atau mencari pekerjaan. Dengan adanya program perantisan ini dapat membantu golongan belia memperolehi pengalaman dalam bidang kerja serta meningkatkan kualiti kemahiran sambil berkerja dan mendapatkan insentif khas ini.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda merupakan golongan belia dan berminat mendapatkan insentif khas ini, semakan panduan boleh dibuat di laman rasmi Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada insentif khas untuk belia ini, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama bantuan berbentuk tunai. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button