BakulBANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

Bantuan Bakul RM100 Sebulan : Diberikan Sehingga Disember

Bantuan bakul RM100 sebulan kini telah dilaksanakan bermula bulan Julai sehingga Disember 2023 kepada mereka yang layak. Bagi makluman umum, pemberian bantuan khas ini telah dimaklumkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023.

BANTUAN BAKUL RM100 SEBULAN

Pada tahun ini kerajaan perpaduan yang menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep payung rahmah dimana terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan di dalamnya.

Antaranya adalah bantuan bakul dan baucar makanan bernilai RM600 yang diberikan secara berperingkat setiap bulan. Insentif khas ini ditawarkan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah yang berstatus miskin tanpa perlu memohon.

Bantuan bakul RM100 sebulan ini akan dibayar sehingga Disember tahun ini kepada penerima sedia ada STR yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bagi penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) tahun ini seperti di bawah :

  • Penerima sedia ada STR
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK)
  • Golongan memerlukan

KAEDAH PEMBERIAN

Untuk makluman, kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan tambahan STR (SARa) ini akan diberikan secara 2 kategori. Kepada penerima di semenanjung akan menerima bantuan bakul RM100 sebulan sehingga Disember.

Manakala bagi penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran penuh RM600 pada bulan Ogos 2023. Kepada mereka yang merupakan penerima STR, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini.

SEMAK STATUS KELAYAKAN

Untuk membuat semakan sama ada layak atau tidak, semakan boleh dilakukan secara online. Sila layari laman web rasmi MyKasih – DI SINI

Di halaman utama MyKasih, anda boleh membuat semakan status, jika maklumat anda dipaparkan bermakna anda layak menerima insentif khas berjumlah RM600 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat. Terutama bagi golongan B40 dan miskin tegar yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button