BANTUANJKMWarga Emas

Bantuan Kewangan RM 500 Untuk Warga Emas Rakyat Malaysia Tahun 2022

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Perlbagai bantuan telah diperkenalkan untuk mereka ysng memerlukan termasuk semua golongan iaitu bujang, kanak-kanak, isi rumah dan warga emas.

Baru-baru ini, Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan kepada Warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM 350 kepada RM 500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM pada tahun ini.

Insentif Bantuan Kewangan Warga Emas

Untuk makluman umum, batuan kewangan ini diuruskan oleh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat.Bantuan ini diperkenalkan bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan dan meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti pada tahun ini.

Syarat Kelayakan

Permohonan ini terbuka kepada golongan warga emasa atau orang tua, sebelum membuat sebarang permohonan sila semak syarat kelayakan seperti di bawah :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Warga emasa atau orang tua yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Kepada warga emasa atau orang tua yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau puasat jagaan harian (kemudahan yang memberi kemudahan)
  • Pendapatan isi rumah tidah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Sebarang mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan pihak KPKM

Panduan Cara Membuat Permohonan

Di bawah telah disediakan cara untuk membuat permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi JKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang “Pendaftaran permohonan”
  3. Sila masukan “Nombor Kad Pengenalan” dan “Negeri Tempat tinggal”
  4. Setelah selesai, sila tekan butang “Daftar”
  5. Dalam masa 14 hari, sila hadir ke tempat Pejabat JKM berhampiran kediaman anda.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan salinan penyata gaji – Jika ada
  • Sediakan dokumen sokongan lain yang berkaitan – Jika ada

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini, anda boleh layari portal rasmi JKM atau terus hubungi talian khas JKM di 03 8000 8000 atau hadir terus ke Pejabat JKM yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Selain dari bantuan warga emas ini, terdapat lebih banyak lagi bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button