AidilfitriCara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Panduan Cara Kemudahan Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menyambut bulan Syawal sempena perayaan aidilfitri bagi tahun 2022. Sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk menyambut perayaan aidifitri kali ini kerana tahun yang bermakna selepas 2 tahun sebelum ini wabak pendemik melanda negara yang mengakibatkan sekatan rentas negeri.

Benda yang wajib sempena bulan perayaan aidilfitri selain dari menziarahi saudara mara dan hidangan kuih muih sudah semestinya adalah “Duit Raya”, kurang meriahlah musim perayaan tanpa adanya duit raya lebih-lebih kepada kanak-kanak.

Untuk makluman umum, terdapat cara mudah untuk anda menukar duit raya melalui mesin ATM Bank terdekat anda sempena hari raya aidilfitri 2022. Di bawah telah disediakan cara untuk anda menukar wang di mesin ATM.

Panduan Tukar Duit Raya Di Kaunter Bank

Untuk makluman, seperti tahun-tahun sebelum pada minggu kedua dan ketiga bulan puasa, setiap Bank akan menyediakan kemudahan menukar duit raya kepada pelanggan. Jadi jangan segan silu untuk hadir ke kaunter Bank berdekatan anda untuk menukar duit raya pada tahun ini.

Anda disarankan cepat untuk menukar duit kerana kebiasaannya nilai not duit kucil untuk raya tahun ini terhad lebih-lebih lagi ramai yang buat pengeluaran khas KWSP, jadinya bila awal membuat penukaran duit raya dapat mengelakan dari kehabisan stok.

Panduan Tukar Duit Raya Di Mesin ATM Bank

Bagi pelanggan yang ingin menukar duit raya not bernilai RM 10, RM 20 dan RM 50 caranya cukup mudah, tidak perlu ke kaunter. Anda hanya perlu ke Mesi ATM Bank terdekat seperti berikut :

  1. Sila pergi ke cawangan Bank Maybank yang terdekat (Maybank yang terpilih sahaja).
  2. Pelanggan hanya perlu ke mesin ATM Maybank yang ada gambar terpapar “Dapatkan wang kertas RM 10 di mesin ATM ini” yang mana anda boleh mendapatkan tukaran not duit raya baru untuk tahun ini.
  3. Kemudian, sila tekan pengeluaran dan pilih jumlah keluaran yang anda inginkan.
  4. Untuk makluman, jumlah maksimum untuk anda keluarkan dalam tempoh sekali adalah sebanyak RM 300.
  5. Jika anda ingin mengeluarkan jumlah duit raya melebihi RM 300, anda perlu ulang semula seperti langkah diatas.

Nota : Anda boleh meminta sampul raya di kaunter bank yang anda keluarkan duit raya – Jika stok sampul masih ada, sebab itu disarankan untuk membuat tukaran duit raya awal supaya mudah dan persediaan awal.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai program dan kemudahan yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan khususnya berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button