10k DiluluskanKWSPTarikh Pembayaran

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Bermula 18 April 2022

Menerusi kenyataan Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengumumkan pembayaran pengeluaran khas KWSP akan diawalkan bermula 18 April 2022 besamaan hari Isnin berbanding tarikh sebelum ini iaitu pada 20 April 2022. Kenyataan ini telah diumumkan beliau melalui akaun media sosial facebook beliau.

Sudah tentu dengan khabar berita ini amat menggembirakan bagi ahli KWSP yang sedang menunggu pembayaran ini lebih-lebih lagi sudah ingin menjelang bulan perayaan.

Semakan Status Permohonan

Pihak KWSP mensyorkan kepada ahli untuk membuat semakan status permohonan pengeluaran khas KWSP dari semasa ke semasa di Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran Pengeluaran Khas ini akan dibayar secara kredit terus ke akaun simpanan / semasa ahli KWSP. Pembayaran ini akan diberikan secara sekali bayar (One-off)

Kepada ahli KWSP, sila pastikan anda penuhi syarat-syarat dibawah bagi memastikan proses pembayaran Pengeluaran Khas KWSP berjalan lancar :

  • Akaun Bank (Simpanan / semasa) dalam keadaan aktif
  • Akaun Bank didaftarkan atas nama sendiri – Akaun bersama atau syarikat tidak akan diterima

Nota Tambahan

  • Kepada ahli KWSP yang tidak mempunyai akaun bank disyorkan membuka akaun bank dan membuat permohonan semula
  • Bagi pilihan Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli KWSP yang tidak dapat membuka akaun bank atau ahli yang berstatus muflis sahaja
  • Bagi pemilihan Arahan Bayaran, anda akan lewat menerima pembayaran pengeluaran khas ini berbanding kaedah pengkreditan secara ke dalam akaun Bank
  • Ahli yang dihubungi untuk mengambil Arahan bayaran di cawangan KWSP
  • Arahan Bayaran hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan

Untuk sedia maklum seperti di atas, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawan pembayaran pengeluaran khas ini akan diawalakn bermula 18 April 2022 (Isnin) esok berbanding sebelum ini pada tarikh 20 April 2022 (Rabu)

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Untuk makluman, bayaran pengeluaran Khas KWSP akan dibuat secara sekali bayar (One-off) sahaja. Contohnya, ahli memohon pengeluaran sebanyak RM 5,000 dan bayaran akan diterima kepada ahli sebanyak RM 5,000.

Kepada ahli yang sudah semak status permohonan dan Lulus, tahniah dan pihak kami menasihatkan agar anda membuat perancagan pembelanjaan agar wang digunakan secara bermanfaat.

Maklumat Lanjut

Selain dari Pengeluaran Khas KWSP ini, terdapat pelbagai program skim telah diperkenalkan oleh Pihak KWSP, jika anda terlepas pandang, anda boleh membuat semakan di Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button