KWSPPengeluaran Khas

Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Untuk Pencarum

Jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini bagi pencarum membuat pengeluaran wang mereka untuk tujuan peribadi tersedia. Untuk sedia maklum, baru-baru ini banyak pihak bukan kerajaan. Telah mendesak dan memohon agar pengeluaran khas KWSP dapat dibenarkan sekali bagi bagi pencarum yang memerlukan.

Namun pada waktu ini, pihak KWSP telah menyediakan inisiatif kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk tujuan peribadi tersedia kepada para pencarum. Terdapat 4 jenis pengeluaran yang dibolehkan kepada ahli yang ingin mengeluarkan wang mereka untuk kecemasan seperti dibawah.

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH

KWSP telah menyediakan kemudahan bagi pengeluaran wang untuk tujuan membeli rumah. Ahli yang sedang merancang untuk memiliki rumah sendiri pertama layak untuk membuat pengeluaran. Ini khas untuk pencarum membina rumah sendiri, membeli rumah lelong, rumah subsale atau permohonan rumah mesra rakyat (RMR).

Kepada yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan membeli rumah, sila semak syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan di laman rasmi KWSP – DI SINI

PENGELUARAN WANG UNTUK KOS RAWATAN

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran penting iaitu untuk tujuan rawatan perubatan. Jika pencarum menghadapi musibah melibatkan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 untuk menampung kos rawatan dan pembelian alat kesihatan.

IBADAH HAJI

Bagi ahli yang ingin menunaikan haji, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran bagi membantu mengurangkan beban kos. Wang boleh dikeluarkan untuk tujuan pembelanjaan haji dan berdaftar haji dengan Lembaga tabung haji. Maklumat lanjut semak – DI SINI

PENGELUARAN UNTUK PENDIDIKAN

Untuk makluman, bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi harus membayar yuran yang mahal bagi menikmati kemudahan yang disediakan Universiti. Pihak KWSP menyediakan kemudahan pengeluaran untuk menampung kos pengajian anak jika pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Nota : Walaupun pengeluaran yang dibenarkan ini telah lama diperkenalkan, semoga ia dapat membantu ahli KWSP yang memerlukan di waktu memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan ini, terdapat pelbagai program khususnya berbentuk bantuan tunai yang disediakan pihak kerajaan pada tahun ini. Sekiranya terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button