BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR : Semakan Jumlah Bayaran Bantuan Mengikut Kategori

MySTR : Semakan Jumlah Bayaran bantuan tunai mengikut kategori bagi sesi tahun 2024 yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Seperti sedia maklum, perlaksanaan inisiatif bantuan kewangan STR ini telah memasuki tahun kedua.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024

Inisiatif pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ini adalah bantuan di bawah Belanjawan 2024. Apa yang menarik adalah kadar jumlah keseluruhan pada tahun ini telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Seperti tahun lalu, pembayaran bantuan tunai STR ini akan diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa bayaran. Jumlah kadar bantuan juga adalah berbeza tertakluk kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Kepada mereka yang terlepas pandang, bermula 29 Januari lalu, pengkreditan dan tebus tunai telah dilancarkan bagi bayaran STR fasa pertama (1). Kadar bayaran fasa 1 adalah bermula dari RM100 sehingga maksimum RM500.

JUMLAH KADAR BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan perpaduan telah memaklumkan jumlah bayaran STR tahun 2024 telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan seperti dibawah.

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI WARGA EMAS BUJANG/ TIADA PASANGAN

  • RM600 seorang

BELIA BUJANG (21- 59 TAHUN)

  • RM350 seorang

TARIKH JADUAL BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024 mengikut fasa seperti dibawah :

  • Pembayaran STR Fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024
  • Pembayaran STR Fasa 2 : Bermula April 2024
  • Pembayaran STR Fasa 3 : Bermula Ogos 2024
  • Pembayaran STR Fasa 4 : Bermula November 2024

Segala maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran fasa berikutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Nota : Kepada mereka yang bukan penerima STR dan kurang berkemampuan, pendaftaran permohonan baharu masih dibuka. Anda boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman rasmi yang telah disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk mengetahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button