FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Rasmi : Pengeluaran KWSP RM3000 Dibenarkan Melalui FSA2

Rasmi : Pengeluaran KWSP RM3000 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan sepanjang tahun ini melalui FSA2. Untuk sedia maklum, ini adalah merupakan salah satu kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh pihak KWSP.

RASMI : PENGELUARAN KWSP RM3000

Untuk pengetahuan umum bermula April tahun ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah inisiatif kemudahan untuk pencarum. Pengeluaran melalai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kini boleh dilakukan oleh setiap ahli yang berkelayakan.

FSA2 KWSP akan dilaksanakan secara 2 fasa, buat masa ini permohonan bagi fasa 1 telahpun dibuka kepada mereka yang memerlukan. Untuk makluman, perlaksanaan kemudahan ini adalah bagi membantu mereka untuk membuat pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Dengan adanya kemudahan istimewa ini membolehkan ahli KWSP membuat permohonan pengeluaran awal bersyarat berumur 50 atau 55 tahun. Kemudahan ini memberikan manfaat kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi.

KADAR RASMI PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 KWSP fasa 1 adalah minimum RM3000. Manakala bagi kadar maksimum yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50000 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 FASA 1

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi pengeluaran bersyarat fasa 1 ini adalah seperti berikut :

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia
  3. Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  4. Minimum simpanan dalam akaun 2 adalah RM3000
  5. Pengeluran bersyarat maksimum adalah RM50000
  6. Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank

PANDUAN KEMUKAKAN PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Info : Untuk pengeluaran KWSP fasa 1 FSA2, institusi bank yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sekiranya ada perubahan atau penambahan institusi bank yang terlibat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button