Cara Mudah PengeluaranKWSP

Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hanya Dibayar Secara One-Off

Pada tahun bulan ini (Mac 2022), menerusi kenyataan rasmi Perdana Menteri telah mengumumkan kemudahan pengeluaran Khas KWSP maksimum sehingga 10,000 dibenarkan kepada ahli KWSP.

Untuk makluman, permohonan pengeluaran khas KWSP ini akan dibuka beberapa hari lagi dan pihak KWSP telah mengeluarkan beberapa butiran maklumat penting untuk ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran nanti. Salah satu maklumat yang telah diumumkan oleh pihak KWSP ialah Pengeluaran Khas KWSP ini akan dibayar secara one-off.

Butiran Maklumat Pengeluaran Khas KWSP

1.Amaun Pengeluaran

  • Amaun pengeluaran yang boleh dibuat oleh pemohon telah ditetapkan iaitu minimum sebanyak RM 50 sehingga maksimum RM 10,000. Pengeluaran akan berpandukan baki akaun 2, jika tidak mencukupi akaun 1 akan diakses.

2.Baki Akaun

  • Pemohon harus meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 dalam akaun 1

3.Pengeluaran

  • Untuk pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain

4.Syarat

Pindahan amaun dan pembatalan permohonan tidak dibenarkan. Anda perlu membuat keputusan yang munasabah sebelum mebuat sebarang permohonan pengeluaran

Pengeluaran Khas Dibayar Secara One-off

Untuk pengetahuan umum, pihak KWSP telah mengumumkan bahawa pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar secara one-off (sekali bayar) sahaja. Contohnya, anda membuat pengeluaran sebanyak RM 8,000 maka anda akan menerima bayaran sebayak sekali sahaja.

Tarikh Permohonan

Permohonan pengeluaran Khas ini akan mula dibuka pada tarikh 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Tarikh Pembayaran Pertama

Pihak Kwsp telah keluarkan kenyataan pembayaran pertama pengeluaran Khas KWSP akan bermula pada tarikh 20 April 2022. Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja.

Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada ahli kwsp yang berumur 55 TAHUN dan kebawah tanpa pengecualian dan syarat khusus.

Pihak KWSP turut memperingatkan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran supaya membuat pengeluaran jika benar-benar memerlukan sahaja kerana ia melibatkan simpanan pada masa hadapan. Jika pengeluaran dibuat dengan tujuan tidak penting, ia akan merugikan ahli pada masa akan datang.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan khusus berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button