Fasa 1KWSPPengeluaran Khas

FSA2 KWSP 2023 : Pengeluaran Dibenarkan Sehingga RM50,000

FSA2 KWSP 2023 adalah merupakan sebuah kemudahan pembiayaan pengeluaran ysng telah dibenarkan pada tahun ini. Untuk makluman, permohonan telahpun dibuka bermula 7 april lalu kepada ahli KWSP yang berkelayakan.

FSA2 KWSP 2023

Bagi pengetahuan umum, program kemudahan khas FSA2 KWSP 2023 akan dilaksanakan melalui 2 fasa. Baru-baru ini fasa 1 pengeluaran bersyarat FSA2 telah dibuka permohonan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan adanya kemudahan FSA2 KWSP ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pencarum yang benar-benar memerlukan dan terdesak. Permohonan FSA2 KWSP dibuka sepanjang tahun ini.

KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Program pembiayaan pengeluaran KWSP FSA2 (Fasiliti Sokongan Akaun 2) bagi fasa 1, setiap ahli yang layak boleh membuat pengeluaran. Serendah RM3,000 sehingga RM50,000 , jumlah bergantung baki simpanan akaun 2.

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah dikongsikan maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Pendaftaran permohonan dibuka kepada ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon belum mencapai umur 55 tahun
  • Permohonan dibenarkan melakukan sekali sahaja
  • Permohonan yang berjaya lulus tidak boleh dibatalkan
  • Jumlah amaun simpanan minimum dalam akaun 2 KWSP RM3,000
  • Jumlah maksimum pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP tidak melebihi RM50,000

Info : Permohonan pengeluaran KWSP FSA2 ini akan dikendalikan oleh institusi perbankan, buat masa ini hanya BSN dan MBSB yang terlibat.

FSA2 KWSP FASA 2 UNTUK UMUR 40 TAHUN

Baru-baru ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP) telah memaklumkan bahawa pengeluaran kwsp bersyarat FSA2 ini akan dibuka permohonan bagi fasa kedua tidak lama lagi.

Apa yang menarik adalah fasa 2 nanti, permohonan dibuka untuk ahli berumur 40 tahun dan kebawah. Dijangkakan FSA2 fasa kedua nanti akan lebih ramai ahli yang turut terlibat dalam permohonan.

CARA MOHON FSA2 KWSP

Kepada ahli yang terdesak dan memerlukan, anda boleh membuat pendaftaran permohonan pengeluaran pembiayaan secara online. Untuk panduan lengkap cara mohon, sila layari laman web rasmi Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan dan menawarkan pelbagai inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button