KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas Untuk Pencarum Tidak Akan Menjejaskan Dana KWSP

Pengeluaran khas untuk pencarum tidak akan menjejaskan dana KWSP. Menurut kenyataan dari pihak Persatuan pengguna dan peminjam Malaysia (4PM) dan pertubuhan aktivis rakyat Malaysia (Prorakyat) baru-baru ini.

PENGELUARAN KHAS UNTUK PENCARUM

Untuk makluman, pihak 4PM dan Prorakyat yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan telah mendesak pengeluaran khas dapat dilluluskan. Hal ini kerana menurut mereka, dana KWSP tidak akan terjejas dan mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran khas ini.

Perkara ini kerana berikutan berjuta caruman masuk setiap bulan dalam simpanan tabung KWSP. Mereka yang memerlukan pengeluaran ini rata-rata ingin menggunakan wang mereka untuk membayar tunggakkan.

Menurut Presiden 4PM iaitu Encik Roslan Mohd Arif berkata bahawa pengeluaran ini perlu dibenarkan kerana ia membabitkan wang simpanan milik pencarum sendiri. Mereka yang ingin pengeluaran ini dibenarkan juga sedar tabungan masa depan akan susut.

KEPERLUAN RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN

Tambahan menurut beliau, keperluan dan kesempitan hidup rakyat yang menyebabkan ramai pencarum yang ingin pengeluaran khas ini dilaksanakan. Mungkin ada pencarum yang tidak sempat menikmati waktu persaraan hari tua.

Memandangkan pada situasi masa sekarang, jumlah rakyat yang terkesan disebabkan faktor ekonomi domestik tidak stabil, bencana banjir dan pendemik yang belum pulih sepenuhnya. Kerajaan perlu meluluskan atau memberi alternatif lain yang bersifat membantu rakyat yang memerlukan.

TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP 

Untuk makluman, pihak Prorakyat telah mencadangkan bahawa agar pengeluaran khas ini dapat dibenarkan. Ia berdasarkan syarat serta mengikuti kaedah sama seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Tuntutan yang diinginkan adalah pengeluaran wang RM10,000 sehingga RM30,000 secara one-off. Pengeluaran ini tidak akan menggangu para pelabur KWSP. Pihak prorakyat meminta agar Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar ibrahim agar dapat pertimbangkan pengeluaran ini.

Pihak prorakyat dan 4PM juga mengharapkan agar pengeluaran khas KWSP ini dapat diluluskan dan disalurkan selewatnya sebelum bulan puasa atau perayaan aidilfitri (April) tahun ini.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif terutama bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia khususnya untuk kumpulan b40 dan miskin. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button